“Mereka Kebanyakan Baik Hati Sebab Jaga Jodoh Orang,” – Cerita Fasal Lelaki Terengganu, Respon Zizan Razak Bikin Ramai Terkedu

Share

Akaun Instagram Meletop ada memuat naik sebuah tweet viral daripada seorang individu menjelaskan bahawa wanita cantik di Malaysia ini kebanyakannya berasal dari negeri Perak, Selangor, Johor dan Sabah.

Kenyataan tersebut bukan sahaja mendapat reaksi pelbagai netizen, malah para selebriti turut memberikan pendapat mereka.

Antaranya termasuklah Siti Nordiana, Nabil Ahmad, Alvin Chong dan juga Zizan Razak.

Dalam pada itu, Zizan secara berseloroh memberitahu, kebanyakan perempuan cantik di luar sana biasanya tertarik dengan jejaka berasal dari Terengganu.

Bagaimanapun, kesemuanya dikatakan putus di tengah jalan.

“Lelaki yang hansome dan memiliki awek yang cantik majority Terengganu.

“Dan mereka kebanyakkan baik hati kerana menjaga jodoh orang,” selorohnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terkedu malah turut terhibur melihat reaksi daripada pelawak tersebut.

Sementara itu, para peminat turut menitipkan doa agar Zizan cepat dipertemukan jodoh.

Terdahulu, Zizan baru sahaja mengumumkan trilogi filem Abang Long Fadil 3 bakal mula ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Meletop

 

 

IKLAN