“Menyedihkan Bila Minta Sponsor…” – Isu Bantu Sekolah Tahfiz, Che Ta Luah Rasa. Yang Tarik Diri Pun Ada!

Share

Terlibat dalam program Squad Dekorasi Amal bagi membaik pulih sekolah tahfiz di sekitar Lembah Klang, pelakon Rozita Che Wan ada membuat luahan.

Semuanya gara-gara tiada pihak yang sudi menaja mereka, malah ada yang membatalkan tajaan pada saat-saat akhir.

“Squad Dekorasi Amal ni ialah program di mana kami memberi nafas baru dr segi dekorasi dan jgk baik pulih di Mahaad2 tahfiz.

“Tapi Apa yang menyedihkan ialah bila mintk sponser spt carpet atau lantai atau curtain, wallpaper dan sbgnya utk menghiasi dan membaik pulih mahaad2 tahfiz sekitar lembah Kelang ni, ramai yang tak sudi.”

Walau bagaimanapun, atas inisiatif dan usaha pihak produksi, walaupun tanpa sebarang bantuan, dekorasi yang dilakukan berjaya direalisasi.

Pelakon ini juga masih mengharap agar ada pihak yang tampil berkongsi rezeki.

“Ada yg cancel last minit .. Tapi mujur, diatas kreativit hos kami @deen_daud, kami usahakan buat yg terbaik. Alhamdulillah, bila anak2 ni tgk ja keadaan asrama diorang selepas di ubahsuai “manja manja”, boleh nampak riak wajah diorang yg mcm tk percaya, terkedu , terkesima, yang senyum sampai ke telinga tu tk payah cakap la.. .walaupun tk lah mcm hotel 5 bintang tp sekurang2 nya sedap mata memandang.

Harap2 byk la kedai2 carpet ka langsir ka yang sudi utk bekerjasama dgn team SDA ni . .


Apa salah nya berkongsi rezeki .. dunia ni pinjaman shj, tak dak apa pun yang akan kekal,” tulisnya mengharap.

Sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, apa salahnya kita saling ringan-ringankan tangan menghulur bantuan.

Foto : Instagram Rozita Che Wan

IKLAN