“Menyanyi Dalam Bilik Air Pun Sedap…”- Peminat Puji Nyanyian Nabila Razali Lunak Dan Merdu

Share

Beberapa hari lalu, penyanyi Nabila Razali ada berkongsi satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram.

Menariknya, rakaman video tersebut telah memaparkan gelagat Nabila yang sedang menyanyi dalam bilik air.

“Korang pun mesti pernah menyanyi dalam toilet sambil cuci muka kan? Bella pun sama! Kita geng!

Seronok sebab tak payah guna tangan, guna FOREO LUNA mini 2 is so much fun!

“Ramai yang tanya pasal LUNA mini 2 ni, kalau nak tau lebih lanjut, boleh la click link dekat bio okay!,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji kemerduan nyanyian Nabila.

Untuk rekod, Nabila Razali merupakan bintang kelahiran daripada program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013.

Video : Instagram Nabila Razali

IKLAN