Datuk Fazley Yaakob berbesar hati apabila diberikan pulang berkerjasama dengan jenama pencuci mulut popular, Krispy Kreme dalam menghasilkan tiga jenis perisa donatnya sendiri.
Menurut Datuk Fazley, dia menyifatkan kesempatan ini sebagai peluang berharga memandangkan dia juga merupakan seorang penggemar jenama donat berkenaan.
“Saya ingin berkongsi perjalanan saya bersama jenama donat, Krispy Kreme. Donat ini saya dah makan lama semenjak saya berada di United Kingdom ketika mengendalikan konsert di Royal Albert Hall.
“Ketika itu, saya berasa sangat seronok kerana dapat makan donat yang fresh sampai saya terbayang-bayang selama hampir 12 tahun bagaimana jika satu hari nanti, saya akan membuat flavour saya sendiri.
“Jadi, bila saya dapat peluang untuk berkerjasama dengan Krispy Kreme, perasaannya seperti bulan jatuh ke riba. Saya juga seorang hantu donat dan Krispy Kreme berikan saya 1001 kenangan sebagai seorang yang sangat sukakan makanan.
“Krispy Kreme juga memberikan saya peluang untuk mencerminkan sesuatu yang lain dalam sisi donut itu sendiri,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu, Bila April itu berkata sedemikian ketika ditemu ramah menerusi sesi Instagram Live yang diadakan pada Selasa.
Dalam pada itu, Datuk Fazley turut mendedah dia telah mengambil masa lebih kurang lima bulan bagi menjalankan proses ‘research & development’ bagi menghasil ketiga-kita perisa donat tersebut.
“Bila saya dapat tawaran tersebut, saya ada bertanyakan mengenai temanya. Mereka serahkan semuanya kepada saya asalkan ia melambangkan wajah-wajah Malaysia.
“Selama lima bulan itu, saya buat kajian menerusi pengalaman-pengalaman saya. Saya cuba bermacam-macam donat daripada atas talian, gerai tepi jalan dan banyak lagi. Saya juga buat perbandingan di media sosial.
Ads
Sementara itu, Datuk Fazley turut memaklumkan dia sebenarnya telah pun menyediakan 45 jenis resepi pada peringkat awal sebelum memilih 10 yang terbaik untuk dipersembahkan kepada pihak Krispy Kreme.
“Sebenarnya dalam kotak resepi saya untuk Krispy Kreme ini, saya ada lebih 45 jenis perisa donat. Dalam 45 jumlah donat tersebut saya dah sediakan lebih kurang 10 jenis donat. Tapi kita tidak akan keluarkan semuanya kerana hanya yang paling menarik yang akan dipasarkan.
“Sebagai seorang cef, kita bukan hanya hasilkan sesuatu hidangan itu ikut citarasa sendiri tapi kita harus lebih kreatif dan berfikir di luar kotak. 45 resepi donat itu telah melalui proses R&D dan bukan saya main letak sahaja.
Ditanya mengenai soal harga, ini reaksi yang diberikan oleh bapa kepada empat orang cahaya mata itu.
Ads
“Apabila kita berbincang dengan pihak Krispy Kreme, kita tahu walaupun ia sejenis hidangan yang primium tapi harganya tetap saya dengan donat-donat yang lain. Tidak ada penambahan harga yang dibuat.
“Dari bahan-bahannya pula, kita terpaksa ambil masa sedikit supaya ianya sesuai dengan harga yang bakal kita tetapkan,” akhirinya.
Sempena kempen Bulan Kemerdekaan ini, Krispy Kreme dan Datuk Fazley bakal memperkenalkan tiga jenis perisa donat terbaru iaitu Puding Raja Doughnut, Kek Batik Doughnut dan Bandung Ros Doughnut.
Kesemua menu donut tersebut dijual pada harga RM4.48 setiap satu.
Sumber Foto: Instagram Datuk Fazley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Emma Maembong mendedahkan pembantu rumahnya, dipercayai telah meninggalkan anak serta rumah sehingga gagal dikesan sehingga kini.
Emma menjelaskan, pembantu rumah wanita itu dikatakan telah keluar rumah dengan membawa kunci serta kad akses dengan membawa dua beg plastik kerana mahu membuang sampah.
Bagaimanapun, situasi sebaliknya berlaku apabila wanita terbabit didakwa tidak kembali ke kediamannya selepas 30 minit. Malah, telefon pintarnya turut dimatikan selain akses untuk teks WhatsApp turut disekat.
Pelakon drama Ajari Playboy itu berkongsi pengalamannya menerusi satu hantaran di Instagram.
“Hi, Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa.
“Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura pura baik dengan kita.
“Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa 2 plastic bag sampah besar, alasan nak buang sampah. Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah.
“Terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact.
“Jadi, tujuan saya cuma nak beri peringatan pada semua untuk berhati hati. Semoga Allah membalas segalanya,” tulisnya sambil membuat naik beberapa lampiran berkaitan.
Beberapa hantaran foto milik penyanyi Mas Idayu mencuri perhatian wargamaya sejak awal September lalu apabila bintang berusia 49 tahun ini berkongsi penampilan diri yang mengenakan hijab.
Tampil lebih sopan sambil berkongsi aktiviti harian kepada peminat dan pengikutnya, figura Mas Idayu mendapat reaksi baik ramai.
Meskipun tiada kenyataan rasmi mengenai penampilannya itu, namun hantaran foto sedang ‘dine in’ dari penyanyi yang sinonim menerusi lagu Cintaku 100% itu menerima reaksi pelbagai pada ruangan, antaranya;
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui terharu apabila mendedahkan ada peminat cilik seawal usia lapan tahun turut meminati barisan lagu popularnya.
Lebih 33 tahun berada di dalam industri seni, tiada apa yang mampu menggembirakan hatinya apabila berjaya menawan hati peminat pelbagai peringkat usia.
“Sejujurnya saya tidak sangka sebabnya mereka ialah daripada generasi hari ini, sementara saya pula memulakan kerjaya pada era 90-an. Namun saya ada peminat dalam golongan muda dan juga kanak-kanak.
“Saya masih ingat, ada yang pernah datang kepada saya beritahu ‘aunty saya minat aunty, saya nak bergambar’.
“Saya tertawa dan pada masa sama bersyukur kerana generasi baharu pun kenal siapa Ziana Zain, malah ada yang lebih muda dari anak-anak saya sebenarnya,” katanya.
Penyanyi lagu Bersama Akhirnya ini berkata demikian ketika ditemui pada sesi khas bersama media sempena Ziana Zain Konsert 2024.
Bercerita lanjut mengenai konsert yang bakal berlangsung pada 21 Mei depan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza Kuala Lumpur itu, Ziana memberitahu dia bakal menyampaikan 20 buah lagu secara penuh.
“Boleh dikatakan kesemua lagu yang bakal dipersembahkan nanti ialah pilihan ‘Zianafolks’ dan saya akan nyanyikan lagu-lagu pilihan secara penuh dan bukan medley.
“Secara asasnya, koleksi lagu berkenaan menceritakan perjalanan hidup seorang Ziana Zain itu sendiri. Zianafolks bersama saya lebih tiga dekad dan mereka tahu kisah saya. Jadi malam nanti kita akan berhibur bersama-sama,” katanya lagi.
Malah Ziana membuat persembahan secara eksklusif tanpa artis undangan.
“Saya mahu momen ini sangat bermakna buat peminat setia dan nak sampaikan lagu yang semua orang tahu. InsyaAllah saya janji akan berikan yang terbaik pada malam itu nanti,” katanya.
Sebanyak 80 peratus tiket sudah pun terjual dan pelbagai aktiviti turut disusun menjelang konsert itu nanti termasuk Sesi Eksklusif Bersama Ziana Zain, Ahad ini selain Birthday Bash Ziana Zain pada 5 Mei depan.
“Sesi latihan juga sedang berlangsung dan alhamdulillah berjalan lancar. Doakan saya sihat dan semua dipermudah.
“Mengenai baju dan penampilan, semua itu nantikan didedahkan pada malam konsert nanti,” katanya mengenai konsert tajaan CSA Academy itu.
Ziana Zain Konsert 2024 menyaksikan syarikat diasaskan Ziana, iaitu Ziana Zain Network Sdn Bhd bekerjasama dengan Anuar Zain Network, manakala Altus ProHouse dilantik sebagai pengurus konsert.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Siti Saerah optimis untuk memberikan sepenuh perhatian dalam membimbing anaknya, Amad Dayyan, yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager.