Mentor 7 Final: Malam Ini Protoge Siti Nordiana, Zaaim Punya!

Share

Menepati ramalan ramai, Zaaim iaitu protege kepada Siti Nordiana berjaya meraih gelaran juara program Mentor 7 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Zaaim atau nama sebenarnya Zaaim Abdullah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM80,00 serta trofi.

Pemenang tempat pertama turut membawa pulang sebuah kereta tajaan Aerocar.

Sementara itu, Pasya atau Faizul Ashraf Fauzi mendapat tempat kedua, sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM40,000 serta trofi.

Protoge Hafiz, Azmirul Hafiz Azman Azmirul yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Keempat disandang Ranisha, protoge kepada Datuk Syafinaz menerima RM10,000. 

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian atas talian dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan Datuk Wah Idris dan Mas Idayu. Tahniah diucapkan buat semua pemenang. 

Foto: Instagram TV3

IKLAN