Seorang penyanyi asal Pakistan yang sedang sarat hamil enam bulan, Samina Somoon, dilaporkan telah ditembak mati seprang lelaki selepas dia didapati menolak permintaan lelaki berkenaan untuk menari.

Kejadian malang itu berlaku di Desa Kanga, dekat Larkana, Provinsi Sindh pada Selasa. Malah, video yang menyaksikan detik-detik mengerikan itu turut dikongsi pengguna media sosial sehingga mencetuskan tular.

Memetik CNN Indonesia, suspek dikenali sebagai Tarique Ahmed Jatoi yang difahamkan telah meminta penyanyi berusia 24 tahun itu untuk berdiri saat menyanyi. Bagaimanapun, si mati dikatakan menolak perminataan lelaki terbabit kerana sedang hamil.

IKLAN

Menolak Permintaan Untuk Menari, Penyanyi Sarat Hamil 6 Bulan Ditembak Mati Penonton!

IKLAN

Dia yang dipercayai sedang berada dalam keadaan mabuk, berang hingga menimbulkan kemarahannya.

IKLAN

Namun menerusi video yang menjadi tular itu, dikatakan si mati sempat memenuhi permintaan Jatoi dan sempat menghiburkan tetamu dan ada di antara mereka yang melemparkan duit kepada penyanyi tersebut.

Tidak lama selepas itu, Samina ditembak mati dan dia semat dibawa ke Hospital berdekatan namun gagal untuk diselamatkan.  Pada masa sama, suami kepada Samina, Ashiq Ali turut menuntut agar suspek dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI