Meniti Hari Bergelar Isteri, Zulin Aziz Kongsi Momen Indah Foto Pra-Perkahwinannya

Share

Setelah hampir sebulan mengikat tali pertunangan, bintang versatil Zulin Aziz berkongsi beberapa keping foto pra-perkahwinan bersama tunang tersayang, Farhan Norzaini.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz telah memuat naik foto penuh makna itu menerusi Instagram miliknya.

Dengan menulis tanda pagar #countindays di ruangan kapsyen, tidak dinafikan pelakon berusia berusia 33 tahun ini sedang menghitung hari menanti saat diijabkabulkan.

Mereka dijangka ini bakal disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari depan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa teruja setelah melihat perkongsian pelakon drama bersiri Penjara Janji ini.

Pada masa sama, peminat turut mendoakan agar segala urusan bintang jelita ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Moga dipermudahkan segalanya,” titip seorang netizen.

“Ahh tak zabarrr nye nak tgok korang kawen,” tulis seorang wargamaya.

“Cantiknya. Serasi bersama ….,” puji peminat.

“Tak sabarnya nk tgk korang kawin,” luah lagi seorang peminat.

Terdahulu, Zulin telah mengikat tali pertunangan bersama Farhan pada 28 Januari lalu.

Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup dan sederhana di kediaman abang kepada bintang berkenaan di Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Zulin Aziz

IKLAN