Meninggal Dunia Pada Usia 18 Tahun, Ibu Kongsi Keperibadian Allahyarhamah Hanna Kirana

Share

Ibu kepada kepada pelakon sinetron Indonesia, Erlina Oktarini menyifatkan anaknya, Allahyarhamah Hanna Kirana sebagai permata hati yang baik dalam keluarga.

Memetik InsertLive.com, arwah juga gadis peramah dan sangat menyayangi adik beradiknya yang lain.

“Hanna boleh digambarkan sebagai anak yang baik di rumah. Dia seorang yang peramah dengan semua orang. Dia juga cukup sayangkan adik-beradiknya yang lain.

“Dia mungkin ada hasrat untuk membahagiakan keluarga, tapi hayatnya tidak panjang,” katanya seperti yang dipetik pada Rabu.

Menurut ibunya lagi, jenazah dimakamkan berdekatan pusara neneknya.

Dalam pada itu, Erlina yang reda atas pemergian anak tersayang turut mendoakan agar roh Hanna dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

“Doa dari mama untuk Hanna mudah-mudahan anak mama Hanna pergi dalam keadaan khusnul khotimah, kami semua sudah ikhlas kerana kami terlalu sayangkannya, dia anak yang baik,” titipnya lagi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bintang remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan jantung di sebuah hospital di Bogor, Indonesia, Selasa malam.

Nama pelakon terbabit mula menjadi perhatian sekitar Jun lalu selepas menggantikan Lea Ciarachel dalam sinetron berjudul Suara Hati Istri: Zahra. 

Sumber: InsertLive.com

IKLAN