Bukan satu perkara mudah bagi insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang dan itulah yang dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Linda Rafar.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran, Linda ada mengimbau kenangan bersama arwah anaknya, Rezaimen Kiflin Kifli di Instagram.
Di samping itu, anggota kumpulan Elite ini menzahirkan rasa rindu dan mendoakan buat arwah anaknya itu.
“Al-fatihah mementarikh lahir 1/12/2002-1/12/2020 !! Meninggalkan dunia pd 5/7/2014 puasa ke-7
Ads
“Esok hari jadi memen 18tahun…Eh dah besar baby boy mama rupanya.. mesti handsome dan tinggi kan?? ..
“Ya allah rindu sgt ma kat memen.. rindu yg xde ubat.. patut la ma emo 2-3 hari ni.. rupanya bday memen dah dekat..
Ads
“ma yakin memen dah cukup happy n tenang kat sana.. insyaallah mama Mintak semua followers ma doakan memen mlm ni k.. moga ada istana Syurga Di alam sana utk memen .. love you syg #prayformemen #rezaimenkeiflinbinazlinda
“Linda mintak semua yg likes n comment Di sini bole sedekah surau Al-Fatihah (dibaca) utk arwah memen,” tulisnya panjang lebar.
Ads
Imbas kembali, anak kedua Linda telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Julai 2014 akibat menghidap kanser perut.
Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa terharu selepas mengetahui namanya tersenarai di dalam carta lima artis tempatan paling popular di platform penstreaman, Sportify hasil pilihan pendengar.
Menurut Naim, dia berasa sangat bersyukur kerana dapat duduk sebaris dengan para artis ‘A-List’ negara meskipun satu ketika dahulu kerjaya nyanyiannya hanya bermula di aplikasi Soundcloud.
“Naim, kau dari Soundcloud weh. Jangan lupa. To be alongside with bunch of the A – Listers musicians in Malaysia as one of the Top 5, and to share the same spot as @theweeknd , indeed, god is great.
“Akhirnya nanti, hasil kerja kau yang akan bercakap untuk kau dan yang akan menjadi legasi.
“Terima kasih kepada para pendengar sekalian,” katanya.
Menerusi entri yang dimuat naik di ruangan Instagram, nama Naim berada di tangga ke lima di belakang YonnyBoii, Faizal Tahir dan K-Clique.
Manakala, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap unggul di posisi teratas.
Jelas pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 ini lagi, segala usaha dan penat lelahnya selama ini sudah mula membuahkan hasil dan dia sebolehnya mahu karyanya dikenang sampai bila-bila.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitip ucapan tahniah selain turut menyifatkan dia sememangnya layak untuk mendapat pengiktirafan tersebut.
Terdahulu, pelakon, Drama Lelaki Lingkungan Cinta itu telah pun melancarkan single terbarunya yang berjudul Purnama.
Baru empat hari ia dimuat naik, muzik video lagu berkenaan telah pun meraih hampir 1,000,000 tontonan di laman Youtube.
Sumber: Instagram Naim Daniel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saling memuji dan mengagumi bakat masing-masing, penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul terus merencana projek istimewa sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa berharap mereka telah muncul dalam sebuah lagu duet.
Kesempatan yang ada dimanfaatkan sebaiknya malah ‘lamaran’ Aina untuk berduet disambut baik Khai sehingga terhasilnya lagu Nafas Cinta yang telah pun dilancarkan serentak dengan video muzik rasmi pada 18 Disember lalu menerusi saluran YouTube Aina Abdul.
Menurut Aina, 27, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, lagu Nafas Cinta dicipta khas bagi memberikan nafas baru dalam muzik mereka berdua dan ia ditujukan buat pasangan yang sedang ingin bercinta sehingga melangkah ke alam perkahwinan.
“Lagu ini sangat mencabar, cuma bunyi kedengaran santai. Dari segi kekuatan vokal masih ditonjolkan, tapi kami berbincang dan bersetuju untuk ketengahkan emosi dan perasaan yang relaks dan santai.
“Mesej lagu Nafas Cinta ini sangat berbeza dengan lagu lain yang saya tulis. Lagu ini lebih ‘muda’ dan menyasarkan golongan remaja. Jadi, disebabkan itu saya sangat berharap lagu ini diterima baik dan dekat dengan mereka.
“Secara tidak langsung, apabila mendengar lagu ini mereka akan tersenyum dan gembira selain mengimbas kisah cinta mereka. Sebab ini bukan lagu berat macam sebelumnya. Pendek kata, ‘feel’ lagu sangat romantis dan ‘sweet’,” katanya.
Berkongsi mengenai kerjasama yang terjalin, menurut Aina ia tercetus selepas mereka berduet dengan menyanyikan semula lagu Just Give Me A Reason tak lama dulu.
“Saya memang jarang ada ‘contact’ dengan penyanyi lain. Apabila Khai sudi buat ‘cover’ di YouTube, saya sangat gembira. Tidak menjangka pula duet kami itu mendapat maklum balas sangat baik daripada peminat kami.
“Kemudian, Khai menjemput saya untuk menyanyi dengannya pada Konsert Minggu Ini Bersama Khai Bahar di RTM. Ketika itu, saya cakap pada pengurus, alang-alang sudah berkenalan kita boleh buat satu lagu. Jadi, saya dan pengurus ‘approach’ pihak Khai dan dia pun okay.
“Saya terus buat melodi lagu Nafas Cinta dan Khai pun berikan input untuk melengkapkan lagu ini. Jadi, melodi dan lirik lagu ini kami hasilkan bersama,” katanya.
Aina berkata, proses menghasilkan Nafas Cinta dipermudahkan meski proses rakaman dijalankan di Seremban, Negeri Sembilan.
“Bagi mencipta keserasian, bukan boleh terus dapat. Disebabkan itu Khai sanggup datang ke Seremban untuk buat proses rakaman. Pertama, Khai datang rakam demo dulu untuk kami belajar dan fahamkan melodi dan maksud lagu. Kali kedua baru buat rakaman sebenar. Jadi, ia ambil masa juga.
“Tapi, Khai sangat membantu dan dia sangat menyokong. Walaupun saya baru, tapi dia sangat merendah diri. Khai tidak kisah kena datang ke Seremban, tapi dia sangat memberikan kerjasama,” katanya.
Sementara itu, Khai, 26, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin menyifatkan lagu Nafas Cinta sesuatu yang istimewa buat peminat mereka berdua.
“Macam sebelum ini ramai tertanya-tanya siapa rakan duet terbaru saya. Jadi, apabila projek ini dikongsikan di Instagram, semua tidak sabar menunggu lagu ini. Apa boleh dikatakan, ini adalah adalah hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya kami.
“Saya berharap lagu ini dapat diterima baik dan boleh pergi lebih jauh. Dalam masa sama, semoga duet saya dan Aina boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan lagu ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” katanya.
Dalam masa sama, Khai mengakui bertuah dapat berduet dengan Aina selain mengagumi bakat besar dimiliki penyanyi lagu Semalam itu.
“Alhamdulillah, perancangan kami untuk menghasilkan projek ini dipermudahkan. Macam sebelum ini saya pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana. Kali ini, saya bertuah kerana diberi peluang untuk berduet dengan Aina pula.
“Setiap rakan duet saya mempunyai keistimewaan dan aura masing-masing. Saya melihat setiap tawaran yang datang adalah kesempatan terbaik untuk saya memajukan diri. Bagi saya bekerjasama dengan ramai orang membolehkan saya menimba pengalaman baru,” katanya.
Sementara itu, Pengawai Promosi Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, projek lagu Nafas Cinta antara Universal Music Malaysia dan kedua penyanyi itu dianggap pembuka jalan untuk kerjasama pada masa akan datang.
“Pihak Universal Music Malaysia sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Khai Bahar dan Aina Abdul dalam menjayakan projek ini. Diharap kami dapat berkolaborasi bersama lagi di masa akan datang.
“Pihak kami juga teruja dengan kerjasama ini kerana umum mengetahui Khai dan Aina antara penyanyi muda yang mempunyai kualiti tersendiri selain kelompok peminat yang sentiasa memberikan sokongan.
“Kami juga berharap lagu yang bakal dilancarkan ini mendapat maklum balas positif peminat dan pencinta muzik tempatan,” katanya.
Lagu Nafas Cinta turut dilancarkan di semua platform muzik digital dan kurang seminggu ia dimuat naik di YouTube, muzik video single berkenaan sudah pun ditonton hampir 150,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...