“Menghitung Hari…,” – Tasha Shilla Maklum Kandungan Sudah Masuk Minggu Ke-32, Peminat Doa Moga Urusan Dipermudahkan

Share

Pelakon Tasha Shilla ada berkongsi mengenai perkembangan terkini kehamilan permatanya bersama peminat.

Menerusi Instagram, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak, 34, mendedahkan usia kandungannya kini sudah memasuki bulan kelapan.

Malah, menerusi ruangan kapsyen, pelakon drama Mimpi Sabrina ini turut memberikan penghargaan buat suami yang setia bersama di sisi.

“Counting days, I’m loving this journey so much. To my husband that’s been so supportive to handle my pregnancy journey, I really do appreciate your kindness, tender, love and care.

“I love you sayang @atiqidris. Syukur Alhamdulillah #32weekspregnant,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut disambut baik suami tercinta sambil menyifatkan anak yang bakal lahir nanti merupakan amanah daripada Yang Esa.

Pada masa sama, rakan serta peminat turut tumpang gembira mendengar perkhabaran baik yang dikongsi selain turut mendoakan agar urusan bintang ini dipermudahkan.

Terdahulu, Tasha bertunang Muhammad Atiq Idris pada 23 Februari 2020 selepas beberapa bulan menyulam cinta sebelum keduanya mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun sama dengan sekali lafaz.

Foto: Instagram Tasha Shilla

IKLAN