
“Kita akan dapat berita gembira lagi beberapa minggu dan akan dapat bersama dengannya.”
Demikian kata anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar, ketika ditanya mengenai ‘kehilangan’ rakan seperjuangannya, Yassin Yahya, dari radar industri hiburan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Azlee, sahabatnya yang dianggap seperti adik bongsu dalam Senario itu berada dalam keadaan baik, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada isteri Yassin.
Mendoakan Yang Terbaik
“Saya percaya semua orang pun sudah tahu dia ada di mana. Bagi saya, di mana pun dia berada, doakan yang baik-baik untuk dia,” katanya.
Azlee berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Bazaar Raya Shah Alam x Azlee Senario di Kelab Shah Alam, pada Selasa.
Azlee turut berkongsi rasa ‘cemburu’ dengan Yassin yang berpeluang menjalani ibadah puasa di tempat yang lebih baik sepanjang Ramadan ini.
“Sebenarnya saya pun sedih sebab kita puasa di sini, tapi dia dapat buka puasa ‘di sana’, betapa untungnya. Itu adalah satu rahmat yang Allah bagi.
“Yassin sebenarnya mahu menambah ilmu. Kita perlu menambah ilmu-ilmu, jadi dia sedang menuntut dan mungkin selepas ini dia akan mengajar kita pula,” katanya lagi.
Meski tidak mahu mengulas lanjut mengenai keberadaan Yassin buat masa ini, Azlee bagaimanapun memberi bayangan sahabatnya itu sedang berada dalam fasa ‘menimba ilmu’ dan mungkin akan berkongsi pengetahuannya di masa hadapan.
Konsert Senario Oktober Ini
Dalam perkembangan lain, Azlee berharap agar semua anggota Senario, termasuk Yassin, dapat bersama menjayakan konsert berskala besar di Stadium Merdeka yang dijadualkan pada Oktober tahun ini.
“Kita sebenarnya ada konsert besar Senario pada bulan Oktober ini di Stadium Merdeka dengan sasaran pengunjung 40,000 orang.
“Ini giliran Senario pula untuk masuk ke sana, jadi kami memang mengharapkan semua anggota ada,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan Yassin dalam kumpulan Senario menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan susulan itu, pelbagai spekulasi mula tersebar sejak Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Liza Aziz Juara Unggul Capai 77.89%, Ning Baizura Pula 71.04%. Ini Markah Akhir Semua Finalis GV11

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Liza Aziz yang berjaya muncul sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) selepas meraih markah tertinggi sebanyak 77.89% menerusi saingan konsert akhir, malam tadi.
Bintang berusia 62 tahun itu memberi persembahan meyakinkan menerusi tiga segmen iaitu secara solo dengan lagu I Surrender, berpadu suara dengan Kridayanti menerusi lagu Cinta dan cabaran ‘battle’.
Ning Baizura yang menduduki tempat kedua sengit memberikan saingan buat Liza dengan markah sebanyak 71.04%, sementara Sheila Abdul pula dengan 66.61% di posisi yang ketiga keseluruhan.
Berikut ialah markah mengikut kedudukan bagi kesemua enam finalis GV11;
Acara kemuncak GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan kemudiannya digantikan oleh Sherry Alhadad menampilkan tiga juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Lagu Sirih Pulang Ke Gagang, hasil ciptaan sepenuhnya oleh Akmal Mustafa dan Aniq Muhai serta dipersembahkan oleh kumpulan UNIC, dinobatkan sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Carta 114 musim kedua.
Kemenangan ini melayakkan kumpulan tersebut membawa pulang hadiah utama bernilai RM20,000.
Fitri Haris mewakili UNIC berkata, kemenangan yang diraih sebagai kejutan memandangkan mereka tidak berpeluang untuk berlatih bersama dalam tempoh panjang atas kekangan masa.
Selain hadiah utama, UNIC turut Bazli dan Fakhrul itu juga membawa pulang Anugerah Vokal Terbaik dan wang tunai RM10,000.
“Jujurnya perasaan kami bercampur-baur dan tak percaya. Kami bersatu buat pertama kali malam ini kerana masing-masing ada komitmen sebelum ini.
“Malah saya sendiri baru sampai dari United Kingdom, semalam dan sudah tentulah sesi latihan kami dilakukan secara berasingan.
“Bagi kami, ini rezekiNya. Kami sempat berlatih sama dalam kereta. Apa pun, mungkin inilah bukti 23 tahun keserasian yang dapat kami capai walau tidak bersama.
“Apa yang saya nak tekankan, kebersamaan itu sangat penting. Alhamdulillah, dalam tak percaya, kami bersyukur dan terima kasih kepada yang menyokong dan para juri,” katanya kepada MH.
Fitri berkata demikian ketika ditemui sejurus malam kemuncak Anugerah Carta 114 di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumupur, malam tadi.
Sementara itu, lkumpulan Darwish menerima Anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000.
Kumpulan duo itu membawakan lagu Abu Ubaidah ciptaan sepenuhnya Faiz Darwish.
Selain UNIC dan Darwish, lima peserta lain yang berentap di Anugerah Carta 114 termasuk Kumpulan Rabithah, Kumpulan Madinah, Haadi, Idris Shamsuddin, dan duo Halim Ahmad dan Aiman Sidek.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah iaitu Puan Nadzariah Mohamed berkata, tujuan Anugerah Carta 114 khusus bagi memartabat dan mengangkat industri nasyid di Malaysia.
Ia pada masa sama dilihat sebagai platform terbaik bagi menyampaikan dakwah kepada audiens.
“Bait-bait lirik dalam nasyid memang membawa ke arah kebaikan dan ini merupakan salah satu platform untuk mendidik jiwa seseorang.
“InsyaAllah TV AlHijrah akan teruskan dalam mendidik masyarakat dan memberikan yang terbaik. Ini juga sebagai platform untuk penggiat seni muzik Islam supaya dapat berada di arus perdana,” katanya.
Anugerah Carta 114 dijurikan tiga juri profesional yang diketuai oleh Farihin Abd Fatah, Amran Omar dan Razin Mestica.
Selain persembahan peserta, Anugerah Carta 114 turut disajikan dengan persembahan oleh kumpulan nasyid legenda, Rabbani yang menyampaikan beberapa buah lagu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon, Bella Astillah sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dia dan anak lelakinya, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff dilihat mengadakan lawatan di Parlimen Malaysia, pagi ini.
Momen Bella dan Ayden ketika berada di Dewan Parlimen itu sempat dirakam menerusi foto yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman di platform X.
Turut dilihat ada bersama di dalam foto berkenaan adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ketika ini difahamkan sedang berkawan rapat dengan Bella.
“Ada orang bawa Bella Astillah ke Parlimen,” usik Young Syefura.
Syed Saddiq dan Bella dilihat segak dan anggun mengenakan busana tradisional berwarna biru muda.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Stories, Bella bersama anaknya itu sempat berkongsi foto bersama Syed Sadding di Parlimen.
“Hello from parlimen,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik pasangan tersebut dan mendoakan mereka agar segera bertemu jodoh.
“Dari parlimen ke pelamin.
“Bawa ke parlimen sudah. Tak lama lagi naik parlimen pula. Bila berdua lebih semangat di parlimen.
“Sungguh ‘memBella’ rakyat.
“Tak lama dah tu YB. Yang mana elok kita sokong. Doa yang baik-baik untuk mereka.
“Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan,” antara komen-komen netizen.
Ketika ini, nama Bella dan Syed Saddiq sedang hangat diperkatakan kerana mereka kerap dilihat bersama merakamkan momen-momen manis di platform media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah & X Young Syefura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

