Minggu lalu penyanyi, Azri AF atau nama sebenarnya Azrie Abdullah telah mengaku bersalah atas dakwaan mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Sebagai seorang isteri, Salma Andi-Asis yang juga merupakan seorang penyanyi tetap memberikan sokongan buat suami tercinta.

Menerusi akaun Instagram Salma, dia berkata bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang dan mengaku bersalah tidak semestinya bersalah malah dia sebagai isteri serta hali keluarga yang lain lebih mengenali diri Azri yang sebenar.

IKLAN

‘Mengaku Tidak Semestinya Bersalah’ – Salma Back Up Azri AF

IKLAN

“Allah sebaik baik perancang… mengaku tidak semestinya bersalah… kami sekeluarga lebih mengenalinya… tp mengaku bersalah itu adalah jalan yang terbaik…Allah sentiasa ada… insya’Allah baik buruk terima dengan hati terbuka…ermm sebelom ada komen yg tidak baik selepas ini,… saya minta jasa semua lebih baik berdiam jgn buat andaian atau spekulasi yg boleh membawa fitnah dosa tanggung sendiri dan saya xkan segan2 memblock anda jika menambah2 atau memburukkan lagi keadaan kami sekeluarga?..saya sayang anda semua…terima kasih.? ,” tulis Salma pada perkongsiannya.

Rata-rata pengikut Salma telah memberikan komen yang positif dan berharap Salma sabar dengan ujian dan dugaan yang dihadapinya.

IKLAN

slaysz: Smoga salma sabar hadapi dugaan ye dan smoga dipermudahkan aminn kami sentiasa sokong salma…. Dan murah rezeki aminn….

 

sherlly_92: Bersabar dan bertabahla kak dengan ujian yg kak hadapi skrg.. Ada hikmah d sebalik smua ni..

 

jeniper_alfonso: Dunia hnya bersifat sementara,Allah maha mengetahui sgala yg terjadi..semoga tabah mghadapi dugaan disini,insyaAllah disana ada ganjarannya ?

 

kudien_rafee: Insyallah sis .. tuhan maha mengetahui .. harap bertabah .. semoga segalanya dipermudahkan .. pedulikan ape org nk ckp .. stay strong sis ??

MH juga berharap agar Salma dan Azri tabah dengan ujian ini. Sesungguhnya setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Sumber: Instagram Salma

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI