Kalau ada yang masih ingat, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih selesa dengan sapaan Shiera mengakui telah melakukan ‘ikat peranakan’ atau ‘tubal ligation’ selepas melahirkan anak kelimanya.
Shiera atau nama lengkapnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, dia melakukan prosedur tersebut atas saranan doktor.
Menurut Shahirah, doktor memberitahu adalah sangat berisiko tinggi bagi wanita yang sudah mencecah usia 40 tahun ke atas sepertinya untuk hamil selepas ini.
“Sebab saya ni umur dah 40-an dan doktor ada beritahu yang saya masih subur lagi tapi berisiko dan tidak bagus untuk kesihatan diri.
Ads
“Selain berisiko, pelbagai komplikasi boleh berlaku kepada saya. Jadi atas saranan doktor untuk saya ikat jadi saya ikut atas nasihat doktor. Alhamdulilah saya subur, ada sesetengah orang susah nak dapat, saya bersyukur,” katanya kepada MH.
Ibu kepada lima cahaya mata itu turut menyatakan tiada perancangan untuk menambah zuriat sementelah bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman sekarang.
“Tiada rasa apa-apa sebab saya dah cukup ada lima anak tak akan nak beranak lagi. Saya tak kisah pun janji saya sihat.
“Lagipun nanti saya takut lepas beranak ada macam-macam masalah dan bukan mudah untuk membesarkan anak-anak,” katanya.
Ads
Kakak pelakon Sharifah Sakinah ini berkata demikian ketika ditemubual sejurus rakaman program di set MH Throwback.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.
Ads
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Selepas lebih tiga tahun berada di pasaran, jenama kosmetik milik pelakon popular, Wawa Zainal iaitu Wawa Cosmetics terus mencipta fenomena dan sekali gus mengukir sukses yang tersendiri.
Meski negara dibelenggu penularan wabak Covid-19 sehinhgga kini sejak tahun lalu, ia bagaimanapun tidak menghalang peniaga yang menjual produk berkenaan mencapai sasaran jualan sehingga mencecah jutaan ringgit.
Melihatkan kesungguhan dan kejayaan diraih mereka, Wawa menerusi jenama itu telah menganjurkan majlis Top Achivers & Gala Dinner Award bagi memberi penghargaan kepada peniaga yang berjaya.
Dalam majlis itu, lapan peniaga yang mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun lalu diberikan penghargaan berupa sijil, trofi dan tajaan percutian ke Eropah bersama pasangan masing-masing.
Wawa, 29, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, acara dan hadiah diberikan adalah caranya bersama suami di dalam menghargai penat lelah mereka sekali gus membantu perniagaan ini.
“Kami adakan acara anugerah ini memang untuk hargai mereka. Bagi saya dan Aeril, acara sebegini sudah biasa, tapi pada mereka apabila ambil gambar, berjalan di karpet merah dan melaram dengan busana masing-masing, ia bukan selalu mereka buat.
“Jadi, kami hargai mereka dengan memberikan sijil, trofi, dan hadiah percutian sebagai bukti yang mana ini hasil titik peluh mereka. Jadi, mereka boleh tahu untuk dapatkan anugerah bukan senang. Sebab mereka juga kena bersaing dengan peniaga lain.
“Kami hargai mereka dengan cara sebegini. Jadi kami sanggup berhabis untuk mereka. Kami pernah ada di situasi mereka apabila dapat penghargaan kita akan buat terbaik. Saya harap apa kami buat ini, akan menambah baik lagi prestasi mereka,” katanya optimis.
Difahamkan tajaan percutian itu menelan belanja lebih RM100,000. Mengulas mengenai perkara itu, Wawa berkata dia mahu mereka yang berjaya ada detik indah bersama.
“Lapan hadiah ke Eropah termasuk bersama pasangan masing-masing, kami berhabis dalam ratusan ribu ringgit juga. Malah, sebelum ini kami bawa mereka berbelanja di kedai jenama mewah dan bagi mereka pilih beg tangan disukai.
“Baru-baru ini pun ada bagi hadiah ke Eropah juga. Mereka ini suka berjalan dan melancong. Walaupun belum boleh pergi, tapi bagi hadiah awal,” katanya.
Pada majlis itu, Nur Adila Saidi diumumkan sebagai Top 1 dengan nilai ‘restock’ RM3.3 juta sepanjang tahun lalu.
Berkongsi mengenai kejayaan diraih sepanjang Wawa Cosmetics beroperasi, Wawa berkata apa yang penting adalahusaha dan kerja keras.
“Ini tahun ketiga, bukan satu perjalanan mudah. Sebab semua tahu kami bermula macam mana. Nak naik insya Allah ada jalannya, tapi untuk konsisten memerlukan sesuatu yang kitatak boleh selesa denga napa yang kita ada. Kena selalu kreatif. Dengan pasukan juga mereka tak boleh selesa.
“Alhamdulillah, setakat ini dianggarkan 5,000 peniaga aktif yang menjual produk ini di seluruh negara. Ia tidak termasukdi luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.
Sementara itu, Aeril Zafrel turut menghadiahkan Wawa sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz GLC 300 yang dianggarkan bernilai RM300,000 bersempena ulang tahun Wawa yang ke-29.
Jelas Aeril, pemberian tersebut diberi kerana kereta lama yang digunakan isteri sudah pun lebih tiga tahun digunakan.
“Saya menghadiahkan kereta ini sebab kereta digunakan Wawa sekarang sudah lebih tiga tahun. Orang cakap kereta ni paling lama pun kalau nak ‘best’ bawa kena lima tahun. Kalau terlalu lama pula risau keadaan kereta Itu boleh membahayakan nyawa. Sebab itu saya hadiahkan kereta ini.
“Sebelum beli, saya ada berikan ‘hint’ mengenai kereta ini. Nanti kalau dia tak minat, rugi pula beli. Cuma dia memang tidak tahu saya beli kereta ini.
“Pada majlis tersebut dia baru tahu. Memang kejutan buat dia,” katanya yang turut berdoa semoga semoga segala impian dan hajat isteri dimakbulkan Allah SWT.
Momen indah tersebut turut dikongsikan Wawa menerusi Instagram miliknya, baru-baru ini.
Pelakon, Mustaqim Bahadon, meluahkan rasa terhadap sikap segelintir pihak yang sering memberikan alasan setiap kali ingin memilih barisan pelakon bagi menjayakan sesebuah projek.
Jelas Mustaqim, namanya sering kali dipinggirkan pihak stesen tv gara-gara wajahnya kerap muncul di stesen tv yang lain.
Tambah menyedihkan, apabila dia ingin terus bekerja dengan stesen tv yang sama, ada pula yang meluahkan rasa jemu.
“Anak seni..bila dicadangkan nama ke stesyen televisyen, station TV A cakap eh dia banyak dengan station TV B.
“Cadang ke station TV B pula depa cakap ala awak dah selalu dengan station TV B, kami nak muka lain pula.
“Pergi station TV C, depa tanya follower berapa dan begitulah seterusnya sampai Abang Jamil….,”tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Rahimah Tanpa Rahim itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, apabila dia ingin mencuba nasib bersama stesen tv yang belum pernah dia sertai, jumlah pengikut di media sosial pula yang menjadi halangan.
Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen, Mustaqim menjelaskan dia tidak akan sesekali mengalah kerana dia amat menyayangi kariernya sebagai seorang anak seni.
“Apapun, I love my job. Don’t give up. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar isu ini tidak mematahkan semangat Mustaqim untuk terus mencipta nama di dalam industri lakonan tanah air.
Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bahagian dari anak pasangan usahawan kosmetik, Datin Sri Shahida dan Datuk Sri Aliff Syukri, iaitu Ibraheem Adham atau mesra dipanggil Baem mengalami benjol selepas dipercayai terjatuh ketika bermain bersama adik-beradiknya yang lain baru-baru ini.
Meski saiz benjolnya agak besar, namun usikan daripada ibunya membuatkan wargamaya terhibur.
Berniat mahu menasihati anaknya, Shahida berkata anaknya mungkin hilang ingatan disebabkan benjol yang dialami.
“Lasak sangat tak reti diam, saya tipukan aja nanti dia hilang ingatan sbb benjol dia besar. Kemain tangisan keinsafan dia.
“Tak tahu nak kesian ke nak ketawa!,” tulisnya pada video yang dikongsikan menerusi Instagram itu.
Sambil menangis, Baem turut tidak mahu jauh daripada ibunya dan hanya memeluknya erat. Malah, dia tak henti berzikir.
Bagaimanapun selepas kejadian, benjol besar di kepala Baem kian menyusut dan kembali pulih.
Baem merupakan anak ketiga pasangan usahawan berjaya ini.
Selain Baem, pasangan ini turut mempunyai empat orang cahaya mata lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 900,000 kali tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Biduanita Negara, Siti Nurhaliza menegaskan soal pendidikan dan jadual persekolahan sentiasa menjadi keutamaan terhadap penyanyi remaja yang juga anak saudaranya, Umairah.