Bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra, Md Nurulazman Saliholdin@ Salihaldin mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas di Alor Setar, Kedah Februari lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Nurulazman yang berasal dari Batu Pahat, Johor membuat pengkuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, ketika memecah masuk rumah mangsa pada 25 Februari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ads

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.

Ads

Sementara itu di Mahkamah Majistret, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan pecah rumah di Taman Lumba Kuda pada 5 Disember 2016.

Ads

Bagaimanapun, tertuduh meminta dibicarakan sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Mahkamah menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI