Ads

Mendua ‘Terlalu Istimewa’ 70.50% & Nubhan Konsisten! Freshies Pula Raih 56.75%, Tewas Di Minggu Suku Akhir GV12

Trio Indonesia, Mendua menambat hati para juri dengan menampilkan persembahan mantap menerusi lagu Terlalu Istimewa (Adibah Noor) pada saingan suku akhir Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) malam tadi.

Ia sekali gus memberi tuah buat Mendua apabila berjaya menduduki tangga teratas dengan markah 70.50%, diikuti Nubhan dengan 70.00%.

Tempat ketiga pula disandang Mark Adam dengan 67.75% atas persembahannya menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

Sementara itu, rezeki Freshies untuk terus mara ke separuh akhir terkandas apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas menerima markah terendah dengan 56.75%.

Berikut adalah kedudukan penuh dan markah keseluruhan peserta minggu suku akhir GV12;

Mendua ‘Terlalu Istimewa’ 70.50% & Nubhan Konsisten! Freshies Pula Raih 56.75%, Tewas Di Minggu Suku Akhir GV12 Mendua ‘Terlalu Istimewa’ 70.50% & Nubhan Konsisten! Freshies Pula Raih 56.75%, Tewas Di Minggu Suku Akhir GV12

Ads

Mendua ‘Terlalu Istimewa’ 70.50% & Nubhan Konsisten! Freshies Pula Raih 56.75%, Tewas Di Minggu Suku Akhir GV12

Barisan Peserta GV12

Sebanyak 13 bintang berentap dalam Gegar Vaganza musim ini iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura serta kumpulan Freshies (Ejie dan Shima).

Dari Indonesia, pentas GV12 diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

Ads

Singapura pula diwakili oleh Iskandar Ismail, manakala SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini.

Ia pastinya menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

Butiran Siaran

Penganjuran Gegar Vaganza tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap.

Ads

Program ini dikendalikan oleh dua hos, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA, Shah Alam bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9 malam, dan dipancarkan menerusi Astro Ria (saluran 104).

GV12 juga boleh disaksikan secara strim On Demand di Astro GO dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Sederhana Tapi Penuh Makna, Erra Fazira Sambut Hari Jadi Ezwan Zain...

Pelakon dan penyayi, Erra Fazira mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen istimewa bersempena hari kelahiran suaminya, Ezwan Zain menerusi satu hantaran di Instagram, pada...
error: Hello. Cannot.