Mendiang Tangmo Nida Selamat Dikreminasi, Netizen Sebak Tengok Teman Lelaki Bawa Kucing Di Upacara Pemakaman

Share

Genap tiga bulan kematiannya, akhirnya mayat mendiang pelakon Tangmo Nida telah selamat dikreminasikan pada Selasa.

Memetik laporan ThaiPBS, mayat Tangmo atau nama sebenarnya Pattaratida Patcharaveerapong dibakar di Gereja Methodist Rangsit, daerah Pathum Thani, Thailand.

Seramai 150 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai hadir bagi memberikan penghormatan terakhir buat aktres tersebut.

Abu mayat kemudiannya telah diserahkan kepada pihak keluarga pada Rabu.

Antara yang menarik perhatian pada majlis itu ialah apabila teman lelaki mendiang yang dikenali sebagai Bird turut hadir bersama beberapa ekor kucing kesayangan Tangmo.

Bird kelihatan sedih dan menundukkan wajahnya sepanjang majlis itu berlangsung.

Kucing-kucing tersebut dibawa bersebelahan keranda mendiang pelakon berusia 38 tahun itu.

Pihak berkuasa Thailand telah menyabitkan kesalahan terhadap enam orang suspek berhubung kematian Tangmo yang ditemui mati di Sungai Chao Phraya, Bangkok pada 24 Februari lalu.

Selepas disabitkan kesalahan, kesemua suspek termasuk pengurus Tangmo, Gatick telah diikat jamin dan kes mereka akan disebut semula pada Jumaat ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Tangmo, ThaiPBS

IKLAN