Menceritakan Kembali Zaman Kanak-Kanak Dalam Siri Animasi, Nabil Ahmad Tampilkan Lu Pikir La, Nabil!

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali figura pelawak dan hos terkenal Nabil Ahmad yang mulai berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

Pelbagai kejayaan yang telah diraih bintang kelahiran Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan ini dan terbaru, dia tampil dalam siri animasi berjudul Lu Pikir La, Nabil! yang telah mula bersiaran menerusi laman rasmi YouTube MeleTOP.

Lu Pikir La, Nabil! adalah sebuah siri animasi yang mengisahkan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan bersama momen persahabatannya bersama rakan-rakan sewaktu di kampung.

Bukan itu sahaja, siri animasi ini turut mengambarkan kekalutan teletah warga kampung yang diabadikan dalam bentuk lukisan oleh Nabil sendiri.

Menariknya, kesemua nama watak dalam siri animasi ini telah mengunakan nama sebenar warga kampung hos berusia 38 tahun itu.

Jangan ada yang tidak tahu, siri animasi ini merupakan sebuah siri animasi selebriti tempatan yang pertama dilancarkan di Malaysia.

Siri animasi ini mempunyai sebanyak 4 episod dan setiapnya berdurasi selama 4 minit sudah mula ditayangkan kepada orang ramai pada setiap hari Khamis, jam 9 malam mulai 14 Oktober yang lalu.

Foto: Instagram Nabil Ahmad

IKLAN