Penyanyi, Noraniza Idris berkongsi foto akad nikah anaknya, Mohd. Aliff Haiqal Mohd.Fauzi dengan pilihan hatinya, Ezza Nafiesha Zakaria.

Di ruangan kapsyen, kelihatan penyanyi lagu Awallah Dondang berkongsi sedikit peribadi menantunya serta doa dan harapan buat mereka berdua dalam melayari bahtera perkahwinan.

“Alhamdulillah .. anak sulungku dah bergelar suami .. semoga rumah tangga kekal hingga ke Jannah. Amin ya rab.

“Menantu sulung sy .. @ezza.nafiesha seorang yang lembut tapi ada prinsip tersendiri. Semoga bijak melayari bahtera sebagai isteri dan ibu paling terbaik buat @aliffh23 & cucu mama akan dtg ok,” tulisnya.

IKLAN

IKLAN

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang turut mendoakan pasangan tersebut.

“Menantu Sulung, Seorang Yang Lembut Tapi…,” – Noraniza Idris Kongsi Peribadi Menantu, Pohon Doa Perkahwinan Si Anak “Menantu Sulung, Seorang Yang Lembut Tapi…,” – Noraniza Idris Kongsi Peribadi Menantu, Pohon Doa Perkahwinan Si Anak

IKLAN

Pasangan itu bernikah di Port Dickson pada Ahad lalu serta majlis resepsi diadakan di hari sama di Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Menantu Sulung, Seorang Yang Lembut Tapi…,” – Noraniza Idris Kongsi Peribadi Menantu, Pohon Doa Perkahwinan Si Anak

Foto/Instagram: Noraniza Idris & Ezza Nafiesha Zakaria

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI