“Menantikan Kelahiran Anak Pertama Kami,” – Teruja Dalam Gembira Sambut Anniversary Ke-4 Minggu Depan, Penyanyi Hetty Sarlene Umum Hamil

Share

Penyanyi dan pelakon, Hetty Sarlene mengumumkan berita gembira buat para peminatnya apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas lebih empat tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Sangsi Asmara itu menerusi satu hantaran terkini di Instgaram.

Lebih manis, ia serentak sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Daniel Oakes minggu depan.

“We are celebrating our 4th anniversary next week⁣⁣. And to make it all exciting for us this anniversary, we would like to share our wonderful news that we are expecting our first child! This explains me being quiet for Abit.

“Dealing with all the nausea, dizziness, mood swings, toilet trips, power naps and (WHAT NOT!). I will heed the good old advice to rest and sleep as much now before little oakes arrives!

Even miracle takes a little time,” tulis salah seorang peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) itu.

Menerusi foto yang dimuat naiknya juga, keduanya turut memegang papan tanda bagai bayangan cahaya mata mereka akan dilahirkan pada Januari tahun depan.

Bintang asal Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.

Foto: Instagram Hetty Sarlene

IKLAN