Penyanyi dan pelakon, Hetty Sarlene mengumumkan berita gembira buat para peminatnya apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas lebih empat tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Sangsi Asmara itu menerusi satu hantaran terkini di Instgaram.
Lebih manis, ia serentak sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Daniel Oakes minggu depan.
“We are celebrating our 4th anniversary next week. And to make it all exciting for us this anniversary, we would like to share our wonderful news that we are expecting our first child! This explains me being quiet for Abit.
Ads
“Dealing with all the nausea, dizziness, mood swings, toilet trips, power naps and (WHAT NOT!). I will heed the good old advice to rest and sleep as much now before little oakes arrives!
Even miracle takes a little time,” tulis salah seorang peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) itu.
Menerusi foto yang dimuat naiknya juga, keduanya turut memegang papan tanda bagai bayangan cahaya mata mereka akan dilahirkan pada Januari tahun depan.
Bintang asal Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.
Foto: Instagram Hetty Sarlene
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Betul juga apa yang netizen cakap, tak apa. Biarlah dulu.” Itu reaksi yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Shuib selepas diminta mengulas mengenai tawaran kurniaan untuk bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri yang diterimanya, bulan lalu.
Percaya kepada rezeki, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini juga memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut selepas mendapat reaksi pelbagai peminat.
“Kalau boleh, saya tidak mahu mempersebarkan mengenai isu tersebut. Saya ni orang biasa sahaja, kalau ada rezeki untuk diberikan pangkat itu, adalah.
“Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah,” katanya kepada MH.
Pengusaha jenama minuman, Bubble Bee ini juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas setiap maklum balas yang diberikan semua terhadap perkara berkenaan.
“Setiap individu ada hak untuk berikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan hal tersebut dan terima kasih jugalah atas segala sokongan.
“Tetapi bagi saya, dalam hidup kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, apatah lagi lusa.
“Cuma jika itulah ketentuanNya, misal kata dalam tahun ini saya mendapat juga kurniaan Datuk, itu rezeki dari Allah SWT.
“Saya terima. Kalau tidak ada pun, tidak mengapalah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Shuib pernah mendedahkan dirinya ada mendapat tawaran tersebut daripada sebuah negeri.
Dia bagaimanapun masih pertimbangkan tawaran berkenaan memandangkan dirinya masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Shuib baru sahaja melancarkan cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan, pada Ahad.
Menjadi outlet pertama di luar Lembah Klang, Shuib bersama rakan niaga di outlet terbabit, Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi turut optimis terhadap sambutan luar biasa yang diberikan penduduk setempat.
Hasrat pelawak Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah untuk memiliki sebuah kediaman sempurna untuk dirinya sekeluarga akhirnya berjaya direalisasikan.
Bintang itu kini menanti untuk mendiami sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor yang kini sedang melalui beberapa proses penambahbaikan di peringat akhir.
Jelasnya, dia dan isteri menggunakan wang simpanan demi membeli kediaman berkenaan. Mereka dijangka berpindah selepas seminggu Hari Raya Aidiladha ini.
“ASB (Amanah Saham) semua ‘kering’ kau. Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah akhirnya menjadi kenyataan. Sekarang sedang proses ubahsuai.
“Rumah itu dibeli hasil wang simpanan saya dan orang rumah, termasuk empat buah motosikal saya dijual. Saya bukanlah beli ia secara tunai, masih berhutang dengan bank juga.
“InsyaAllah akan buat kenduri kecil-kecilan bila kami sekeluarga pindah nanti,” katanya kepada MH.
Achey sebelum ini ada berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah barunya di Instagram.
Terdahulu, Achey ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Sugar Bomb x Nabil Ahmad x Achey diadakan di Shah Alam, pada Rabu.
Jika Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi, Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal memberitahu, dua bintang berkenaan dipilih atas dasar komitmen serta kerjasama yang baik daripada mereka yang berusaha membantu menaikkan jenama terbabit.
“Saya percaya pemilihan Nabil dan Achey bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.
SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta.
Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb setakat ini mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.
Penyanyi, Amira Othman ada berkongsi nasihat bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.
Penyanyi lagu Hati-Hati ini akui untuk menjadi seorang manusia yang baik bukan satu perkara yang mudah dan perlu cekal untuk melakukan kebaikan.
Selain itu, Amira menyarankan kepada semua untuk berbuat baik antara satu sama lain.
“Selalu tak rasa susah sgt nk jadi org baik? Kadang jadi baik pun belakang ada org ngumpat, tak suka. Atau kadang nk berubah baik sekejap je pastu tak boleh isitqamah.
“Tp ustaz Syed pesan smlm berbuat baiklah pada semua org. Be nice to everybody. Nanti Allah dtgkan segala yang baik2 utk kita.
“Jodoh, rezeki, kesihatan, kebahagiaan & banyak lg. insyaAllah. Thank you kak @salimahabibi & ustaz @syedkadir for having us,” tulisnya.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya