“Memperbetulkan Apa Yang Tidak Betul, Adalah Tanggungjawab…,” – Ajai

Share

Selaku juri tetap, komposer Ajai memberitahu, menjadi tanggungjawabnya untuk memberi teguran kepada seluruh peserta program Big Stage 2022 yang kini memasuki musim keempat itu.

Jelas Ajai, tindakan itu dilakukan bagi memastikan kesemua para peserta program berkenaan tidak melakukan kesalahan ketika membuat persembahan.

Tambahnya lagi, dia mengharapkan kesemua bakat muda dalam program ini terus berkembang maju dan melakukan perkara yang sebetulnya sebagai seorang penyanyi.

“Membetulkan apa yg tidak betul.. adalah tanggungjawab. Agar bakat – bakat generasi muda Big Stage 2022 ini berada dilandasan yg betul
#bigstage2022 #byajai,” tulisnya.

Program Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.

Manakala, penyanyi Mas Idayu pula diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen
media sosial sepanjang program berlangsung.

Menggandingkan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos, bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Ajai

IKLAN