Selaku juri tetap, komposer Ajai memberitahu, menjadi tanggungjawabnya untuk memberi teguran kepada seluruh peserta program Big Stage 2022 yang kini memasuki musim keempat itu.
Jelas Ajai, tindakan itu dilakukan bagi memastikan kesemua para peserta program berkenaan tidak melakukan kesalahan ketika membuat persembahan.
Tambahnya lagi, dia mengharapkan kesemua bakat muda dalam program ini terus berkembang maju dan melakukan perkara yang sebetulnya sebagai seorang penyanyi.
Ads
“Membetulkan apa yg tidak betul.. adalah tanggungjawab. Agar bakat – bakat generasi muda Big Stage 2022 ini berada dilandasan yg betul
#bigstage2022 #byajai,” tulisnya.
Program Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan yang terdiri daripada selebriti pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Ads
Manakala, penyanyi Mas Idayu pula diperkenalkan sebagai Juri Pedas
yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Datuk Seri Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen
media sosial sepanjang program berlangsung.
Menggandingkan Sherry Alhadad dan Alif Satar sebagai hos, bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada setiap Ahad, jam 9 malam.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ajai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Percaya dengan rezeki, pengacara dan ahli perniagaan, Nana Mahazan,39, mengakui dirinya sentiasa reda atas segala ketentuan Allah SWT.
Meski tidak terarah di dalam menyanyi atau berlakon sejurus menyertai Akademi Fantasia musim pertama yang memperkenalkan namanya, isteri kepada Mohammad Raqeem Brian ini tetap rancak meneruskan survivalnya dengan cara tersendiri.
Siapa sangka menerusi peluang menjadi penyampai radio, pemilik nama penuh Nurul Hana Che Mahazan ini seterusnya melangkah sukses di dunia pengacaraan selepas itu.
Laku kini bersama pengaruh yang dimilikinya di Instagram dengan 794,000 pengikut, hakikatnya ibu kepada dua cahaya mata ini masih kekal relevan dan kebal mengukuhkan jenamanya termasuk melebarkan empayar perniagaan kecantikan dan makanan.
“Saya percaya sekalipun pintu dunia seni yang membuka jalan dan pintu rezeki, jaminan itu belum tentu selamanya. Jadi saya percaya apa yang tertulis membuka 1001 rahsia dan hikmah. Namun sesungguhnya, Allah sebaik baik perancang.
“Suara yang saya ada dan jaja selama ini biarpun tidak kepada fokus utama menjadi penyanyi atau pelakon, tapi digunakan untuk mengacara dan berceloteh. Tetap ada kaitan, dekat dengan diri atau timbal balik. Tertutup pinturezeki itu, pasti ada punca lain yang akan dibuka-Nya.
“Malah menjadi artis dan wanita sendiri juga mengajar saya betapa pentingnya menjaga penampilan dan keyakinan. Suka melawa dan bersolek itu perkara biasa.
“Itu juga antara sebab mengapa saya memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty sejak 2018,” katanya.
Nana menambah, perniagaan yang diceburi atas dasar minat itu seterusnya mendorong dirinya untuk sama-sama membantu orang lain.
“Selepas memahami dunia niaga ini, ia sebenarnya menjadi perantara atau kenderaan untuk membantu ramai orang. Seterusnya, insya-Allah untuk mendapat reda dan keberkatan-Nya.
“Kini seiring penambahan usia dan penambahan ilmu niaga, hala tuju saya sebagai usahawan juga berubah dimensi. Dengan produk dikeluarkan, kita bermula dengan mahu menolong orang lain menjaga kecantikan dengan harga ‘best’ dan berpatutan.
“Seterusnya saya mula fikir bagaimana pula nak ajak pengguna produk menjadi sebahagian daripada syarikatdan menjana pendapatan sampingan sebagai ejen serta stokis. Tambah pula di era pandemik COVID-19, ramai antara kita yang bergelut,” katanya.
Terlebih dulu menjual alat solekan sebelum menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, Nana yang kini sopan berhijab pada masa sama mahu memperkasa golongan wanita khususnya.
“Saya sendiri tahu bagaimana diselubungi perasaan sedih kerana tiada keyakinan diri. Saya boleh faham fasal pergelutan mereka yang diburu keresahan sebab kulit wajah teruk.
“Ironinya saya melalui fasa itu pada tahun 2017. Saya alami masalah kulit ‘breakout’ atau timbul jerawat dan bintik merah kerana pori tersumbat dek pelbagai masalah melanda.
“Suami sendiri menjadi saksi paling dekat melihat saya dalam keadaan paling dahysat itu. Masa itu, saya akan tengok cermin sambil menangis setiap hari. Suami juga yang selalu suntik semangat tanpa gagal untuk saya cuba tips atau produk itu ini.
“Dialah penyokong setia menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dia juga tulang belakang di sebalik kejayaan saya. Kalau ada pepatah di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. Tapi kes saya, jadi sebaliknya,” katanya lagi.
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri sejak dua tahun lalu.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal) menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia jugabagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Hos kelahiran Johor ini juga bagaimanapun sedar, perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan. Boleh ketahuinya lanjut dari media sosial saya.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimananak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri. Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ketiadaan figura pengacara popular Sherry Alhadad di program realiti nyanyian, Big Stage 2022 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam, terjawab apabila hos terbabit disahkan positif Covid-19.
Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Alhadad mengesahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Serentak dengan itu, pengacara berusia 37 tahun ini memohon doa orang ramai buat dirinya agar dipermudahkan segala urusan.
“Terima kasih atas doa kalian semua. Semoga semuanya dipermudahkan dan semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T InsyaAllah kita jumpa minggu depan di konsert BigStage.,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sherry turut berkesempatan menitipkan ucapan terima kasih kepada hos, Elly Mazlein yang telah mengantikan tempatnya semalam bersama rakan pengacaranya, Aliff Satar.
“Thank kakak ku sayang @iamellymazlein i love you so much. Uoalllsss memang power @alifsatar @iamellymazlein nah api… num syahtuuuu 1 sayang korang semuaaa,” akhirinya lagi.
Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli yang kini bergelar seorang suami telah meraikan ulang tahun kelahiran isteri, Anis Sofea, beberapa hari lalu.
Menerusi entri di akaun media sosial Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Mimpi ini turut berkongsi momen ketika menyambut hari istimewa itu bersama isteri tercinta.
Mencuri tumpuan ramai, pasangan ini dilihat sedang menikmati makan malam istimewa bersama dengan bertemankan cahaya lilin dan taburan kelopak bunga mawar.
Pada masa sama, Haqiem juga ada menitipkan ucapan istimewa buat suri hatinya itu.
“a special day for my wife,happy belated birthday love,thank you so much for being a good wife for me.𝐈 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐘𝐎𝐔 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.