“Memang Satu Je Ke Dosa Dalam Quran?, Tak Bertudung Sahaja?,” – Luahan Yonnyboii, Terguris Hati?

Share

Penyanyi dan penulis lagu, Yonnyboii akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang gemar melontarkan kata-kata kecaman dan hinaan terhadap dirinya dan juga isteri.

Menurut Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga hairan bila mana pasangan bercinta lebih disanjungi berbanding yang sudah berkahwin.

“Dunia terbalik, pasangan couple disanjung. Yang dah kahwin dihina. Memang satu je dosa dalam Quran ke? Tak bertudung sahaja?

“Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang? Mulut celupar sesama manusia maki hamun memang ‘auto’ pahala masuk syurga ke?,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Salahku itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.

Dalam pada itu, Yonnyboii turut mengingatkan dosa sesama manusia hanya akan diampunkan sekiranya mereka membuat permohonan maaf.

“Ingat dosa sesama manusia, kena mintak maaf. Jangan rasa power dah maki hamun buat orang terguris hati. Tak tentu dimaafkan.

“Duk cakap pasal dosa ni, yang kutuk-kutuk tu thanks la kasi pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa. Assalamualaikum,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, Yonnyboii telah mendirikan rumah tangga bersama selebriti media sosial, Nik Nazira pada tanggal 20 November tahun lalu.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Yonnyboii

IKLAN