“Memang Betul Ajaib Cerita Kami Ni, Tapi Semua Allah Atur,” – Giliran Amira Othman, Bakal Bergelar Hajjah

Share

Terbaru, penyanyi Amira Othman atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman memaklumkan berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.

Amira bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji, hari ini. Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah penyanyi, Wany Hasrita.

“Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap.

“Memang betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur.

“Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan Amira dan Wany dipermudahkan.

MH mendoakan mereka selamat pergi dan pulang dengan kurniaan haji yang mabrur.

Foto : Instagram Amira Othman

IKLAN