“Memang Berhajat Untuk Tengok Anak Mommy Jadi Al Hafiz,”- Rita Rudaini

Share

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin menghafal ayat suci Al-Quran.

Malah, Rita telah menjejakkan kaki ke Tanah Suci bersama dua orang puteranya, Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Rafqa Arjuna, 8 tahun baru-baru ini.

“Mommy mmg berhajat utk tgk anak2 mommy jd al hafiz sebelum mommy tutup mata…anak2 lelaki saham mommy di sana….insyaallah moga di perkenankan olehNYA,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Sehangat Asmara itu turut berkongsi aktivitinya seoanjang di Tanah Suci.

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.

Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada September 2013.

Pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Foto: Instagram Rita Rudaini

IKLAN