Senarai akhir Top 5 Anugerah MeleTOP Era telah pun diumumkan pada Selasa dan siapa sangka, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendahului senarai artis lain apabila unggul menerusi lima kategori daripada 16 kategori yang dipertandingkan.

Pelakon filem Polis Evo itu tercalon dalam kategori Bintang Filem MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP (bersama SonaOne) dan Filem MeleTOP menerusi filem blockbuster, Abang Long Fadil 2.

Meletupnya Dia…Artis Mana Yang Ungguli 5 Kategori Untuk AME2018 Tu?

Sementara Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtupula masing-masing tercalon di dalam tiga kategori.

Siti Nordiana ketika ditemui MH di sidang media kedua AME2018 di Timbre, The Row, Kuala Lumpur berterima kasih kepada para peminat yang mengundi dan sentiasa memberikan sokongan, meski mengakui persaingan yang diterima tahun ini agak sengit.

“Nama calon lain yang tercalon pun hebat belaka. Jadi saya tidaklah meletakkan harapan besar. Apa pun terima kasih buat semua yang menyokong,”kongsi Nana yang bakal muncul menerusi single terbarunya sekitar April depan.

Meletupnya Dia…Artis Mana Yang Ungguli 5 Kategori Untuk AME2018 Tu?

AME 2018 bakal bersiaran secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 8 April 2018 jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134) sekali lagi menggandingkan dua hos terdahulu, Nabil Ahmad dan Neelofa.

Selain mereka, barisan artis lain yang bakal memeriahkan pentas AME2018 ialah Sabri Yunus, Awie, Zul Ariffin dan Zizan Razak.

Meletupnya Dia…Artis Mana Yang Ungguli 5 Kategori Untuk AME2018 Tu?

Ok Guys, berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir AME2018:

Lagu MeleTOP

Bayang (Khai Bahar)

Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir)

Jampi (Hael Husaini)

Nakal Nakal Nakal (Ayda Jebat)

Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Filem MeleTOP

Abang Long Fadil 2

Bisik Pada Langit

J Revolusi

Kimchi Untuk Awak

Tombiruo Penunggu Rimba

Hos MeleTOP

Aliff Satar

Datuk AC Mizal

Jihan Muse

Nabil Ahmad

Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin

Neelofa

Nur Fazura

Syafiq Kyle

IKLAN

Zizan Razak

Penyanyi MeleTOP

Hael Husaini

Ayda Jebat

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Siti Nordiana

Bintang Filem MeleTOP

Janna Nick

Nur Fazura

Zizan Razak

Zul Ariffin (J Revolusi)

Zul Ariffin (Tombiruo)

Si Cilik MeleTOP

Aaisyah Dhia Rana

Lara Alana

Arif Jiwa Asyraf

Yusof Iskandar

Syeriz Samheizy

Pelakon TV MeleTOP

Neelofa

Fattah Amin

IKLAN

Siti Nordiana

Syafiq Kyle

Zul Ariffin

Program MeleTOP

Gegar Vaganza 4 minggu 1

Gema Gegar Vaganza

Maharaja lawak Mega 2017

Sepahtu Reunion Live 2017

Tazkirah Malam Jumaat

Artis Baharu MeleTOP

As’ad Motawh

Farah Nabilah

Fendy Bakry

Hannah Delisha

Wany Hasrita

Couple MeleTOP

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Akim Ahmad & Stacy

Amyra Rosli & Amar Baharin

Jep Sepahtu & Sari Yanti

Mia Ahmad & Izham Tarmizi

IKLAN

Artis Lawak MeleTOP

Fikry Ibrahim

Jep Sepahtu

Kamal Adli

Sharifah Sakinah

Zizan Razak

Penyampai Radio MeleTOP

DJ Lin

Fad

Jep

Johan

Radin

Duo / Group Meletop

Akim &The Majistret

Caliph Buskers & Faizal Tahir

Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Tajul & Wany Hasrita

Zizan Razak & SonaOne

Drama MeleTOP

Cekelet Semanis Honey

Hero Seorang Cinderella

Mencintaimu Mr. Photographer

Red Velvet

Titian Cinta

Program Radio MeleTOP

JoHaRa Pagi Era

Petang ERA

Santai Sinar

Super 40 Era

Suria Cinta

Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari. Jangan lupa artis kegemaran you all okay!

https://www.youtube.com/watch?v=_ma6bKDfyoU

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI