Semalam menjadi momen bermakna buat pelakon, Nad Zainal selepas dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin 2018 yang berlansung semalam.
Selain daripada merangkul trofi, kelibat Nad dan suami sejak awal lagi telah menarik perhatian ramai apabila tampil berbeza dengan busana yang bertemakan melayu klasik.
Telatah comel pasangan ini telah menarik perhatian banyak lensa-lensa kamera sepanjang majlis tersebut berlansung.
Ads
Bagaimanapun, pakaian Nad nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati netizen yang tercari-cari di mana unsur kemelayuan tersebut.
Ads
Rata-rata menganggap pakaian Nad sedikit terdedah sehingga menampakkan bahagian bahunya itu.
Ads
Terdahulu, Nad merakamkan penghargaan kepada semua guru-guru lakonan yang mendidiknya ketika menuntut di ASWARA satu ketika dahulu.
Tahniah diucapkan kepada Nad Zainal.
Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kesyukuran saat dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2018, semalam.
Katanya, kemenangan ini merupakan rezeki filem Dukun yang terperap selama 12 tahun.
“Alhamdulillah, saya bersyukur Dukun diberi peluang untuk bertanding walaupun selepas 12 tahun.
“Tipulah kalau saya tak mahukan kemenangan untuk filem ini sedangkan dah berusaha keras kan?
“Sebenarnya sebelum melakonkan watak Diana Dahlan itu, saya dah tahu ia adalah ‘winning character’, cuma tinggal cara pembawakannya sahaja.
“Alhamdulillah, saya dapat bawakan watak itu dengan sebaik mungkin sampai jilat dinding semua,”katanya kepada MH.
Sementara itu, Umie mengakui bahawa dia memang sangat memilih dalam soal pemilihan watak.
“Saya memilih skrip sebab watak boleh pergi jauh dengan skrip yang bagus, tapi kalau tak bagus. Susah.
“Disebabkan itu, apa-apa sebelum saya bersetuju dengan sesuatu projek, saya akan minta tengok skrip dahulu,” katanya lagi.
Filem Dukun membawa pulang 5 trofi di ASK 2018 menerusi Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Filem Terbaik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Datuk Rafiena Ezanee Ramli yang kini sedang fokus terhadap drama rantaian terbaru terbitan syarikatnya, Darkwave Pictures berjudul Syukrgaku Tak Sempurna 2 (STS2) bakal ke tanah suci bagi menunaikan umrah 10 Disember depan.
Turut menyertai rombongannya ke sana ialah ahli keluarga tercinta.
Berkongsi mengenai pemergiannya ke tanah suci dengan lebih lanjut, Rafiena menjelaskan niat untuk menunaikan umrah sebenarnya sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu.
“Kalau nak diikutkan, saya pasang niat untuk ke tanah suci sudah lama, dah lama tergerak hati tetapi masih belum berkesempatan dan akhirnya, nenek bersama ahli keluarga lain yang pergi tunai umrah terlebih dulu. Malah emak pun sudah pun dipanggilNya untuk tunai haji.
“Jadi kali ini saya sudah tekad untuk jejakkan kaki ke sana seterusnya tunai umrah buat kali pertama, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah yang mendorongnya untuk ke sana kali ini, Rafiena menjelaskan semuanya bermula dengan tiga mimpi berkaitan yang seolah-olah menjentik hati.
“Sudah tiga kali saya mimpi perkara yang hampir sama. Pertama tahun lalu apabila saya mimpi sedang melakukan solat betul-betul di hadapan kaabah. Tiada ramai orang waktu itu dan saya dengan mudah dapat lakukan solat.
“Mimpi kedua pula, saya berpeluang untuk mencium Hajarul Aswad selepas tunai solat sehinggalah yang terbaru, saya sekali lagi mimpi berjalan menuju kaabah dengan emak. Jadi memang kali ini saya kena tekadkan niat untuk ke sana.
“Rasa tak sabar dan alhamdulillah, moga semuanya akan dipermudahkan,” terang Rafiena yang sudah berniat untuk mendoakan kesejahteraan keluarga selain mendoakan yang baik-baik buat perkembangan syarikat dan anak syarikat yang lain.
“Pohon doa yang baik-baik, dimurahkan rezeki serta dihindari daripada hasad dengki,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Rafiena turut menyambut kehadiran seramai 40 orang anak angkatnya dari Madrasah Idrisiah, Perak.
Selain dapat beramah mesra sebelum pemergian Rafiena ke tanah suci, anak-anak ini juga turut berkesempatan menyaksikan sendiri penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam.
“Saya memang mahu isi masa bersama mereka sebelum tunai umrah dan kebetulan dapat berjumpa sebab mereka dari Seremban kerana mengikuti satu program. Jadi bila mereka hadir, dapatlah anjurkan sedikit jamuan dan doa selamat,” akhirinya.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah para pelakon drama tersebut iaitu Raja Ilya dan Zarina Zainoordin. Sekuelnya turut menampilkan lakonan mantap Shah Iskandar dan Haliza Misbun sementara sutradara Raja Mukhriz pula menggalas tugas sebagai pengarah.
STS2 dijangka bakal ditayangkan menerusi saluran Hypp TV Mac tahun hadapan.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk kepada pelakon dan pengacara Neelofa, Noor Mohamed, telah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 11.20 malam tadi di sebuah hospital di Kota bharu, Kelantan.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 83 tahun.
Terdahulu, menerusi kenyataan media dari pihak pengurusannya, Allahyarham yang mesra disapa dengan panggilan ‘abah’ di kalangan ahli keluarga hos program MeleTop itu akan dibawa pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan dijangka dikebumikan pagi ini.
Malah menerusi Insta Stories, Neelofa turut menzahirkan rasa terhadap pemergiaan datuknya ke Rahmatullah dengan penuh rasa cinta.
“Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah, Nabi Muhammad,”tulis Lofa.
Sebelum ini, Neelofa turut memuat naik mengenai tahap kesihatan datuknya yang kian merosot di media sosial sambil menitipkan shahadah dan berzikir.
Sama sama kita doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.