“Melalui VR Ibu Jumpa Balik Anak Dia Yang Sudah Tiada Kerana Sakit,” – Cerita Mark Adam Bikin Netizen Sebak, Ibu Ini Jumpa Anaknya Yang Sudah Tiada Dalam ‘Video Game’

Share

Tidak mampu menampung air mata yang tumpah melihat kesedihan ibu ini apabila dapat berjumpa anaknya yang sudah tiada menerusi permainan video VR (Virtual Reality).

Perkongsian Mark Adam di laman Instagramnya ini nyata mengundang sebak di hati yang menonton.

Menerusi sepotong video pendek itu, wanita yang dikenali sebagai Jang Ji-Sung dibawa berjumpa anaknya, Na Yeon-yang meninggal dunia sebelum berusia tujuh tahun akibat kanser darah.

Teknologi VR telah berjaya mereka simulasi yang seakan-akan dia bertemu anaknya di sebuah taman yang sering dikunjungi mereka dahulu.

Jang meluahkan kerinduan mendalam terhadap anaknya sambil tangannya cuba mengusap lembut rambut si anak.

Si anak bagaimanapun menyatakan keinginan supaya ibunya berhenti bersedih dan kedua-duanya menyambut hari lahir Jang bersama.

Namun realitinya, Jang hanya berdiri di dalam studio di samping layar hijau sambil disaksikan suami, anak-anak dan beberapa kru terlibat.

Netizen turut merasai kehilangan dan kesedihan yang dikongsikan dan menyatakan reaksi di ruang komen.

Foto : Instagram Mark Adam

IKLAN