Mel B, atau nama sebenarnya Melanie Brown, kini bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Rory McPhee selepas enam tahun menjalin hubungan cinta.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung semalam dalam suasana eksklusif di The Crypt, St Paul’s Cathedral, London.
Mel B yang juga ahli kumpulan Spice Girls tampil memukau dengan dua gaya persalinan menawan rekaan pereka fesyen terkenal Josephine Scott untuk majlis pernikahan dan rekaan oleh Justin Alexander untuk majlis resepsi.
Hanya Emma Bunton yang juga dikenali sebagai Baby Spice hadir sebagai wakil dari kumpulan ikonik tersebut. Walaupun begitu rakan Spice Girls yang lain seperti Victoria Beckham dan Mel C menitipkan mesej bermakna pada hantaran di Instagram.
Selain Emma, antara selebriti terkenal lain yang kelihatan dalam kalangan tetamu ialah Cara Delevingne, Katherine Ryan dan Daisy Lowe.
Ads
Majlis resepsi pasangan ini diadakan di lokasi mewah Shangri-La at The Shard, menawarkan pemandangan kota London yang mempesonakan dan suasana cukup glamor.
Ads
Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Mel B. Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Jimmy Gulzar dan Stephen Belafonte, namun kedua-duanya berakhir dengan penceraian.
Rory McPhee yang bekerja sebagai pendandan rambut dipercayai melamar Mel B pada 2022 dalam suasana romantik di sebatang hotel mewah di Cliveden House.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kejayaan Misha Omar Back To Basic, penyanyi Misha Omar terus mencetus keterujaan apabila mengumumkan konsert berskala besar yang bakal berlangsung pada 29 November 2025.
Tanpa banyak gimik, bintang berusia 43 tahun itu memilih untuk mengumumkan berita itu tepat tengah malam di Instagram satu bulan lalu, sekali gus membuatkan peminat tidak keruan menanti.
Sebelum mengumumkan butiran lanjut seperti nama, lokasi dan tarikh konsert, Misha terlebih dahulu menghangatkan suasana dengan pelancaran single berjudul Break, sebuah lagu galau dan emosional.
Tak lama kemudian, tarikh dan lokasi konsert diumumkan menerusi DiA Misha Omar, yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dibawakan oleh Double M Production dengan kerjasama Altus Prohouse selaku pengurus konsert.
Berbeza dengan showcase yang dianjurkan Disember tahun lalu, DiA Misha Omar bukan sambungan, tetapi satu bentuk keraian perjalanan seninya selama lebih dua dekad.
Ia juga dianggap fasa baharu dalam karier Misha, yang sebelum ini jarang melakukan konsert besar atas pilihannya sendiri.
Misha sememangnya dikenali sebagai seorang penghibur yang cenderung kepada sesuatu yang sederhana tetapi bermakna.
Begitu juga dengan pemilihan judul konsert ini. Ia mencerminkan perjalanan selama 23 tahun dalam dunia seni, dari Bunga-Bunga Cinta hingga Break.
Konsert ini dijangka menjadi pentas untuk mengabadikan segala momen manis dan kenangan berharga bersama peminat yang telah menyokongnya sejak awal.
Menurut wakil Altus Prohouse, Miselyn Yee Siew, peminat boleh menjangkakan pengalaman yang berkualiti tinggi dengan barisan pemuzik hebat dan persembahan pentas yang terbaik.
“Kami akan memastikan sesuatu yang berkualiti, pengalaman menikmati konsert yang hebat dengan barisan pemuzik dan persembahan panggung daripada Misha pada tahap terbaik di DiA Misha Omar, malam 29 November nanti.
“Bagaimana ia akan berlangsung dan apa yang bakal berlaku, semua itu terjawab apabila anda menjadi salah seorang penonton di Mega Star Arena, Kuala Lumpur kelak,” katanya.
Dalam pada itu, Misha turut menyifatkan DiA Misha Omar sebagai sebuah sejarah penting dalam karier seninya setelah dua dekad lebih menyanyi.
Ia bukan sekadar konsert, tetapi peringatan tentang perjuangan, kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah pudar dari industri dan peminat.
“DiA Misha Omar bukan hanya tentang saya seorang tapi tentang bagaimana perjuangan karier yang telah ditapaki lebih 20 tahun ini disokong penuh makna oleh pemain industri dan peminat.
“Ironi, saya tidak pernah mempunyai kelab peminat tetapi dengan kuasa karya bermutu yang diberikan kepada saya, dengan kepercayaan peminat bahawa saya masih relevan untuk menghiburkan mereka, maka perjalanan seni saya dapat bertahan sehingga kini.
“Siapa sangka, diam-diam saya berjaya melewati ‘hitam-putih’ 20 tahun sebagai seorang penghibur.
“DiA Misha Omar adalah titik destinasi baharu yang akan saya tandai dengan sejarah baik dan manis bersama anda semua.
“Ia umpama sebuah Riwayat Cinta daripada Misha Omar kepada semua. Saya mahu melihat adakah peminat Masih Mempunyai Rasa Itu terhadap Misha Omar.
“Jika ada, Pulangkan rasa itu dan Semoga Abadi DiA Misha Omar yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November 2025 dalam ingatan kita bersama,” katanya.
Tiket konsert akan mula dijual pada 25 Julai 2025 jam 10 pagi dan harga bermula dari SILVER bernilai RM288, GOLD (RM388), PLATINUM (RM488), DIAMOND (RM588), VIP 2 (RM688) VIP 1 (RM1,200) dan ROYAL TWIN SEAT (2 pax RM1,200).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Zaki Azeman, berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raa Suzuran, kini sedang hamil anak kedua.
Menurut Zaki, keterujaannya kali ini lebih mendalam berbanding kehamilan pertama, sehingga dia mengambil keputusan untuk menolak beberapa tawaran kerja demi memberi tumpuan penuh kepada keluarga.
“Perasaan teruja kali ini lebih lagi berbanding anak pertama. Sampaikan saya ambil masa rehat dahulu daripada sebarang tawaran kerja.
“Saya lebih fokus menjaga isteri di rumah sejak awal kehamilan,” katanya yang turut memaklumkan usia kandungan isterinya kini telah memasuki trimester kedua.
Malah momen indah mereka sekeluarga turut dikongsikan Zaki menerusi pautan videeo di Instagram, beberapa hari lalu.
Sebelum ini, Zaki turut memuat naik gambar bersama isteri dan anak sulung mereka ketika berada di Cameron Highlands, Pahang, sebagai simbolik pengumuman kehamilan yang penuh makna.
Difahamkan, mereka ke sana kerana isterinya mengidam suasana tanah tinggi.
“Baru-baru ini, dia cakap mengidam nak ‘bau’ Cameron. Bila dia nyatakan hasrat tersebut, hari yang sama juga kami terus gerak.
“Di kesempatan ini juga kami ambil peluang umum kehamilan di Instagram. Orang pun dah ramai bertanya,” ujar Zaki lagi.
Mengenai persiapan bayi kedua, Zaki berkata, kebanyakan perkara kini lebih banyak diuruskan oleh isterinya.
Bagaimanapun, dengan keadaan kesihatan isteri yang semakin stabil, dia kini bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan.
“Isteri pun dah tak alami morning sickness sekarang. Keadaan dia lebih stabil. Jadi saya sedia untuk kembali berlakon,” jelasnya.
Untuk rekod, Zaki mendirikan rumah tangga dengan Raa pada 29 Mei 2022, dan mereka menimang cahaya mata sulung pada Mei 2023.
Kini, pasangan ini bakal menyambut kehadiran ahli keluarga baharu yang pastinya menambah lagi warna dalam kehidupan mereka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon Ikmal Amry tenang apabila menerima kritikan terhadap tekniknya dalam perlawanan tinju menentang rakan artis, Hun Haqeem baru-baru ini.
Walaupun dikecam netizen kerana aksi mereka yang dianggap ‘kelam-kabut’, Ikmal bagaimanapun tidak cepat melatah.
Menurut Ikmal, dia menerima setiap teguran dengan hati terbuka kerana menyedari kekurangannya sebagai pendatang baru dalam arena tersebut.
“Pada saya, mereka berhak untuk merendahkan kami kerana mereka berpengalaman dan kami pula baru harungi pertarungan pertama.
“Memang wajarlah perlawanan kami itu tidak kelihatan cantik atau kelam-kabut. Saya tak boleh nak bercakap apa-apa. Apa yang mereka katakan itu ada betulnya.
“Tujuan utama perlawanan tersebut bukanlah nak menunjukkan diri saya kuat tapi kita nak naikkan ‘combat sport’ di Malaysia.
“Ramai artis-artis kita yang punyai bakat dalam seni bela diri. Mungkin selepas ini akan ada lebih banyak artis yang akan ke depan,” katanya kepada MH.
Dalam masa sama, dan juara program Maskulin Who’s Your Bro 2025, juga menjawab pandangan segelintir pihak yang merasakan dia sepatutnya hanya fokus pada dunia lakonan dan tidak mencuba bidang seperti tinju.
“Siapa dia nak berkata sebegitu? Mungkin ini adalah rezeki saya. Saya dibayar untuk sertai perlawanan ini. Kalau orang itu mampu bayar saya untuk buat perkara lain, saya akan buat juga.
“Bayaran yang saya terima agak lumayan juga,” kongsinya lagi.
Ikmal turut menjelaskan bahawa dia hanya akan bersetuju untuk bertinju lagi jika pihak lawan menepati beberapa syarat tertentu.
“Saya hanya akan setuju jika orang yang mencabar itu adalah daripada golongan artis dan tahapnya lebih kurang dengan saya.
“Berat mestilah sama dan bukan atlet profesional. Ini tiga syarat yang saya letakkan,” ujarnya lagi.
Namun, Ikmal memberi bayangan keterlibatannya dalam sukan tinju mungkin tidak akan berpanjangan atas faktor keluarga.
“Namun, mak saya sudah tidak izinkan saya berlawan lagi. Dia agak risau bila saya bertarung. Sebagai anak, kita kena dengar apa kata ibu.
“Ibu kata, kesian juga dekat orang lain atau nanti boleh timbul perasaan dendam. Ibu tak suka perkara itu,” akhirinya.
Untuk rekod, Ikmal sebelum ini berjaya menewaskan Hun Haqeem dalam satu perlawanan tinju, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Ikmak Amry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas membuat kemunculan dalam filem Malaikat Malam, pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam merancang untuk menghasilkan sebuah filem khas buat pelakon, Que Haidar.