Meganya! Anzalna & Suami Sepakat Berlakon, Hadiahkan Kereta Mercedes Benz Buat Bapa

Share

Kasih seorang anak kepada ibu bapa yang tiada penghujung. Itulah yang boleh disimpulkan buat suami isteri, Anzalna dan Hanif Zaki yang telah pun memberikan kejutan hadiah berupa sebuah kereta mewah buat bapa Anzalna, Profesor Madya Dr. Mohd Nasir bersempena dengan ulang tahun perkahwinan Anzalna yang ke tiga, semalam.

Anzalna yang kini sedang sarat hamil lima bulan sepakat bersama suami menghadiahi bapanya sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

“Kitaorang suprise my father in law. I paksa diaorang datang sebab i cakap i beli for my wife. Diaorg tak boleh hidu langsung kitaorang suprise,” kata Hanif menerusi potongan video tersebut.

Selepas bapanya melakukan test drive terhadap kereta berkenaan, Anzalna terus memberikan kunci kepada bapanya. Bersama linangan air mata, Anzalna dilihat turut memeluk erat bapa dan ibunya.

Lalu, perkongsian video tersebut mendapat lebih 4,000 komen yang rata-ratanya turut sebak melihat keakraban keluarga berkenaan.

Menerusi posting terkininya pula, Anzalna berkongsi satu lagi video yang merakamkan gelagat bapanya yang mengimbas kemlai kejutan istimewa yang diterima.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

IKLAN