“Megah Sangat La Dok Tayang Perut,” – Tayang Perut Hamil 6 Bulan Di Festival Muzik, Kaka Azraf Ditegur ‘Makcik Bawang’

Share

Nampaknya sekeping foto Kaka Azraff yang secara jelas menampakkan ‘baby bump’ sewaktu menghadiri festival muzik menimbulkan rasa tidak senang segelintir pihak.

Anak saudara kepada penyanyi Ella itu dilihat cukup bergaya mengenakan jumpsuit rona tanah sambil posing memegang perut di hadapan lensa sebelum berkongsi ke media sosial.

Lantas, ia menerima kecaman di ruang komen meski ada juga yang memuji.

“Hiiii megah sangt la dok taynggg peruttt…..tumeluattt,”

Penyanyi Sibuk ini bagaimanapun memberi respon kepada kenyataan terbabit dan meminta maaf.

Permohonan maaf Kaka menerima respon netizen yang menyifatkan kritikan itu keterlaluan dan menasihatkan agar wanita ini bersabar.

Kaka dan suami, Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu dan kini hamil enam bulan.

Foto : Instagram Kaka Azraff

IKLAN