“Mcm Joker La Bang,” – Tiada Angin Tiada Ribut, ‘Meletup’ Habis Bila Amerul Affendi Muncul Dalam MV Yuna

Share

Nampaknya kata-kata rupa harus mendahului bakat boleh ditolak ketepi.

Ini kerana, pelakon versatil, Amerul Affendi menjadi bukti rupa bukanlah segalanya.

Muncul sebagai ‘The Villain’ dalam muzik video terbaru Yuna, ‘Blank Marquee’ bersama G-Eazy, kemunculan pelakon berbakat ini nyata menggemparkan industri hiburan Malaysia.

Aksi antagonis bersahaja dilihat cukup menjadi dan nyata, dia yang baru sahaja merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Antarabangsa ASEAN baru-baru ini bagi filem One Two Jaga punya peluang besar untuk ke peringkat antarabangsa.

“Satu kepuasan bila semua saling memberi dalam menghasilkan sebuah karya seni.

“Untuk nampak bergaya dan cool dalam mv ni terima kaseh buat @haidayusof menyediakan segalanya. Jarang nak dapat sistem kerja begini dalam satu-satu production dengan wardrobe department.

“Berada dalam set @rabbanisujak bagaikan masuk ke dalam ruang imaginasi beliau dan sangat mesra kepada tetamu yang hadir untuk bermain di dalamnya.

@aaidilrazali terima kaseh buat rasa selesa untuk bermain di depan mata lensa mu tanpa rasa segan silu. Tihihihihi.

“@yuna dan @adamyousofunny terima kaseh memberi ruang dan peluang untuk bersama hasilkan #BlankMarquee ni. Salah satu pengalaman yang best dalam perjalanan ni.

“P/s: @adamyousofunny kalau filem ko jadi nak buat hello aku naa.. aku tak maki2 macam kat geazy. ?

Terima kaseh tansree @krollazry memberi kepercayaan untuk bersama team tansree. Harap tansree berpuas hati atas service yang diberi

.” Tulisnya.

Apa yang menarik, perwatakan The Villain yang dimainkan Affendi dalam muzik video ini disamakan dengan The Joker lakonan Jared Leto.

Lebih mengujakan, video ‘Blank Marquee’ ini diarahkan sendiri oleh suami Yuna, Adam Sinclair.

Foto : Instagram Amerul Affendi

IKLAN