Dunia hiburan Pakistan dikejutkan dengan penemuan mayat pelakon dan model terkenal, Humaira Asghar Ali, 32, dalam keadaan reput di sebuah pangsapuri mewah di DHA Phase VI, Karachi.

Mayatnya ditemui pada Isnin lalu selepas pihak berkuasa melaksanakan arahan pengusiran terhadap unit yang didudukinya susulan dakwaan tunggakan sewa selama berbulan-bulan sejak 2024.

Bau busuk yang menusuk keluar dari unit berkenaan mencetuskan syak wasangka penduduk sebelum pihak polis bersama bailif mahkamah memecah masuk dan membuat penemuan mengejut itu.

Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan pecah masuk atau unsur jenayah di lokasi kejadian. Semua tingkap dan pintu dikunci dari dalam.

Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu keputusan penuh bedah siasat dan toksikologi yang dijalankan di Pusat Perubatan Pascasiswazah Jinnah (JPMC) bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Ads

Mayat Pelakon Wanita Ditemui Dalam Keadaan Reput Di Rumah Sewa

Humaira yang berasal dari Lahore merupakan antara personaliti muda paling menonjol dalam industri hiburan Pakistan.

Ads

Beliau bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, malah dikenali sebagai pelukis, pemahat serta influencer kecergasan dengan pengikut Instagram melebihi 700,000 orang.

Pernah muncul dalam program realiti popular Tamasha Ghar serta membintangi beberapa drama dan filem seperti Just Married, Jalaibee dan Love Vaccine, pada tahun 2023, beliau turut menerima Anugerah Kepimpinan Wanita Kebangsaan sebagai Bakat Baru Paling Menyerlah.

Ads

Dalam tinjauan di Instagramnya, kali terakhir selebriti cantik ini memuat naik hantaran di Instagram adalah pada September tahun lalu.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI