Pelakon Maya Karin ada menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap kapitalis sesetengah pemaju di dalam aspek perancangan bandar di negara ini.

Katanya, mereka sanggup musnahkan taman permainan kanak-kanak dan menggantikannya dengan pusat membeli belah.

Kemudian, mereka bina semula taman permainan di dalam pusat membeli belah tetapi mengenakan caj setiap kali ingin menggunakan kemudahan tersebut.

Terdahulu, Maya berkongsi rasa kecewanya itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

IKLAN
View this post on Instagram

#greenspaces #weneedparks #naturalplaygrounds

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

“We take away children’s natural playgrounds and build more malls. Then we open artificial playgrounds in the malls for them to play and for parents to pay. Bagus,” tulisnya

Jelas pelakon Munafik 2 itu, Malaysia sepatutnya harus memilki lebih banyak taman-taman riadah berbanding pusat membeli belah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan turut berterima kasih kepada Maya kerana menyuarakan kebimbangan orang ramai itu.

IKLAN

Maya Karin Bengang Sikap Kapitalis Pemaju Mana?

Maya Karin Bengang Sikap Kapitalis Pemaju Mana?

IKLAN

Perkara ini sememangnya amat menyedihkan namun, inilah hakikat yang harus kita terima untuk bergelar sebuah negara yang maju dan pesat membangun.

Semoga pihak berwajib akan lebih peka dalam menangani isu ini demi kebaikkan semua pihak.

Foto: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI