Mawar Rashid Ibaratkan Kita Kena Cari Ilmu Macam Kita Kena Mandi

Share

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada menyuarakan pendapat mengenai ilmu pengetahuan.

Mawar yang kini sudah menceburi dunia perniagaan kosmetik berkata menerusi Instagram, adalah sangat penting untuk menimba ilmu, tidak kira apa jua bidang diceburi.

“KITE KENE CARI ILMU MACAM KITA KENE MANDI!! KENAPA MACAM MANDI?”

“Kalau kita x mandi, lama2 nantikan akan jd busuk  TAPI, Kalau kita mandi, baru la kita rasa FRESH, RASA WANGI, and rasa BERSEMANGAT. Betul tak?

“Sama macam ilmu, kita kene sentiasa mencari, and kalau nak repeat belajar ilmu sama, EVEN BETTER! Sebab apa yg kite blajar hritu, belum tentu kita dapat 100% kan?

“And bila kita BELAJAR, SEMANGAT TU AKAN JDI LAIN MACAM TAU. SEBAB DENGAN ILMU NI LAH YANG AKAN MEMBAWA KITE MENCAPAI MATLAMAT KITA! And belajar lah banyak2 please.

“Baru la ILMU kita akan FRESH, nak deliver ILMU pun jadi lebih BERSEMANGAT,” katanya.

Terdahulu, Mawar dan suaminya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.

Pasangan ini juga dijangka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN