Pelakon Mawar Rashid memadam foto yang merakamkan dirinya yang tidak mengenakan tudung di laman Instagram pada 9 Oktober lalu.
Malah, usahawan kosmetik ini juga dilihat kembali berkongsi gambar lama dirinya yang sopan berhijab sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya bersama suami, Raf Yaakob.
Bagi sesetengah orang, untuk menjaga penampilan diri, kesihatan dan berat badan masing-masing, terdapat banyak cara atau method yang boleh diamalkan.
Antara salah satu cara yang MH rasakan menarik, adalah perkongsian dari pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi Instastory miliknya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Sherry menerusi satu muatnaik hantaran video pendek di laman Instagram miliknya, memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman. Ini susulan telah seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Bagaimanapun, menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Anda yang mahu menurunkan berat badan juga boleh meniru cara yang diamalkan aktress jelita ini. Nak kurus, bukan tidak boleh makan. Hanya perlu makan ketika lapar dan pastikan anda makan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari @Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerjanya iaitu di sebuah bengkel kenderaan di Ampang, Kuala Lumput, kira-kira jam 7 malam, hari ini.
Menurut rakan sekerjanya, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
“Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap.
“Bos dia yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel,” katanya lapor kepada Harian Metro.
Sementara itu, rakan Bad dari kumpulan Indigo, Shah turut mengesahkan Bad meninggal dunia dalam satu hantaran di media sosial.
Cubaan Harian Metro menghubungi pemilik bengkel terbabit tidak berjaya, manakala bekas isteri Bad, penyanyi Ashira Aziz juga tidak memberi sebarang maklum balas.
Di Instagram, kali terakhir Bad memuat naik hantaran ialah tiga hari lalu berupa video yang meniup semangat kepada pengikutnya di platform itu supaya tidak berputus asa dan mengingati Allah setiap kali dilanda ujian.
Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.
Dia kemudiannya terpaksa menggunakan bantuan alat ‘walker’ dan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.
Kemudian, Bad dan bekas isteri, Ashira mengumumkan yang mereka sudah bercerai menerusi sebuah hantaran video pada 23 Jun tahun lalu.
Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 selepas mereka sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh.
Bad dilaporkan memohon status OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menjalani beberapa prosedur memotong jari kaki kiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Shila Amzah enggan mengulas lanjut mengenai kemelut berpanjangan melibatkan keluarganya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
Menurut Shila, dia berharap agar semua pihak dapat memberikannya ruang untuk menyelesaikan isu ini secara dalaman.
“Buat masa ini, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan membiarkan hal ini reda dahulu. Setiap perkara memerlukan masa.
“Kita juga tak mahu memaksa perkara yang belum sepatutnya berlaku. Ia harus berlaku secara semula jadi.
“Saya dah Syahir hanya boleh berdoa daripada jauh agar perkara ini dapat diredakan secepat mungkin. Saya pun tak mahu bercakap lebih. Ia hal berkaitan keluarga.
“Saya pun bukan jenis yang nak bercakap sentiasa. Harap orang luar juga dapat doakan kami,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi, ND Lala itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Family Duo 3 malam tadi.
Ditanya adakah dia akan segera menjernihkan hubungannya bersama ibu, Datin Fauziah Sarman, Shila memaklumkan dirinya kini sedang menantikan waktu yang sesuai.
“Sudah tentu. Dia merupakan ibu saya. Namun bila ketikanya, biarlah masa dan jodoh yang menentukan,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga memaklumkan dirinya tidak mahu memberikan ruang buat komen-komen negatif mencemari fikirannya walaupun ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tanggang moden’.
“Saya tak baca kerana komennya terlalu banyak. Di waktu ini, saya lebih mengutamakan orang-orang di sekeliling saya. Orang di luar pun tak tahu mengenai hal sebenar.
“Apa yang diceritakan pihak di sana, kebenarannya belum keluar lagi daripada pihak saya tapi itu tak bermakna saya nak ceritakan kepada umum. Itu hal yang tidak perlu.
“Perkara ini mematangkan saya sebagai seorang manusia, anak, kakak, isteri dan ibu. Saya hanya baca komen-komen yang positif,” katanya lagi.
Pada masa sama, Shila turut mendedahkan dirinya tetap mahu menghargai orang-orang di sekeliling meskipun tanpa kelibat ibunya yang sentiasa menemaninya disetiap pertandingan sebelum ini.
“Alhamdulillah. Saya ada suami, adik beradik suami dan peminat yang datang menyokong. Bagi saya, sesiapa yang ada untuk kita, itu yang kita akan hargai, sayang dan berikan fokus.
“Yang memilih untuk tiada, itu diluar kuasa kita. Siapa kita nak paksakan perkara itu. Saya hanya reda dan mengharapkan ada perkara baik akan berlalu selepas ini,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...