MasyaAllah! Tragedi Malam Terawih, Lelaki Bertopeng Lepaskan Tembakan Di Masjid London

Share

Menurut laporan Mirror, seorang lelaki bertopeng telah masuk ke dalam masjid London lalu dipercayai telah melepaskan tembakan ke arah Jemaah yang sedang menunaikan solat Terawih.

Insiden itu dilaporkan berlaku malam tadi, waktu tempatan di Masjid Seven Kings yang terletak di High Road, Illford.

Memetik laporan berkenaan, menurut sumber lelaki tersebut dikatakan berada dalam barisan jemaah, namun kehadirannya dilihat mencurigakan kerana mengenakan topeng.

Pihak masjid telah membawanya keluar untuk melakukan pemeriksaan, namun dia berjaya meloloskan diri dan melepaskan tembakan.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sama-sama kita berdoa agar keselamatan umat Islam di seluruh dunia dipelihara Allah SWT.

Foto : Mirror UK

IKLAN