“MasyaAllah, Semua Buat Sendiri,” – ‘Make Over’ Bilik Jadi Ruang Musolla, Ramai Respek & Kagum Dengan Rita Rudaini

Share

Pelakon terkenal, Rita Rudaini kini dilihat bergiat melakukan pengubahan dekorasi di beberapa ruang kediamannya.

Menerusi di laman media sosial Instagram miliknya, Rita ada memuat naik beberapa rakaman video dekorasi bilik yang telah di jadikan sebagai Musolla atau ruang solat.

“My mini musalla ..FULL VIDEO YOUTUBE #diy #diyproject #prayerhall #musalla #mosque #diyprojects,” tulisnya.

Perkongsian pelakon berusia 45 tahun ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada warganet.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa kagum dengan semangat serta kehebatan ibu kepada dua orang cahaya mat aitu melakukan dekorasi.

Sekadar informasi, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Foto: Instagram Rita Rudaini

IKLAN