“MasyaAllah, Sedapnya Suara,” – Siti Nordiana Alunkan Selawat, Ramai Peminat Suka!

Share

Penyanyi Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana ada memuat naik satu rakaman video pendek di akaun Instagram miliknya.

Menariknya, keratan video tersebut merakamkan penyanyi Paling Comel itu sedang menyanyi sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

“Jom selawat sama2,” tulisnya ringkas terhadap entri yang sudah pun mendapat hampir 30,000 tanda suka itu.

Lantas, perkongsian penyanyi berusia 34 tahun itu telah mendapat pujian daripada peminat menerusi ruangan komen.

Alahai, lunaknya suara Nana alunkan sekadar berselawat.

Video : Instagram Siti Nordiana

IKLAN