“MasyaAllah!”, – Rizman Nordin Bergambar Dengan Isteri Dan Puteri Sulung, Foto Keluarga Kecilnya Terima Pujian Ramai

Share

Selepas fesyen terkenal yang pemilik bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah pun selamat bersalin, figura ini ada memuat naik foto keluarga kecilnya di Instagram.

Meramkan foto bertiga saat isterinya masih lagi berada di katil hospital, para pengikutnya tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Rizqaa itu.

Dedikasi sama turut ditinggalkan rakan selebriti selain teman rapat pasangan.

Terdahulu, berita gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi Instagram pada Rabu.

Menerusi posting tersebut, Rizman turut mendedahkan puteri mereka dinamakan Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.

Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September tahun lalu.

Foto: Instagram Rizman Nordin

IKLAN