MasyaAllah! PU Riz Terima Ijazah TESL, Neelofa Bangga Bersorak Untuk Suami Di Majlis Konvokesyen

Share

Pendakwah selebriti, PU Riz berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIIM) ke-38 pada Ahad.

Isterinya, pengacara dan usahawan, Neelofa Mohd Noor, 33, berkongsikan detik manis dia bersorak saat suaminya menerima skrol tersebut seperti yang dimuat menerusi Instagram Story.

Menerusi entri itu, Neelofa sempat berseloroh dengan menulis tanda pagar ‘suami muda kau ada’.

“Haha siapa suruh bawa isteri datang konvo,” tulisnya bergurau ketika bersorak melihat Haris menerima skrolnya.

Neelofa dilihat begitu gembira dan bangga dengan pencapaian akademik suami malah turut berkongsi beberapa gambar mereka bersama di sekitar universiti sebagai kenang-kenangan.

PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, mengambil keputusan menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan selepas hanya sempat belajar selama setahun di Universiti Al-Azhar, Mesir dan terpaksa pulang ekoran pergolakan yang berlaku di negara tersebut.

Sekadar info, Neelofa berkahwin dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia 11 bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Neelofa

IKLAN