“MasyaAllah, Comelnya Lahai Awak Ni,” – Sudah 6 Bulan Usianya, Tawa Riang Fatima Tarik Perhatian Peminat Fazura & Fattah

Share

Lebih 6 bulan usianya, foto permata hati pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisyah kian mendapat perhatian para peminat ibu dan bapanya.

Makin comel, telatah manja puteri sulung dua pelakon itu juga kian menerima populariti sama seperti kedua orang tuanya. 

Terbaru, Fazura ada memuat naik video pendek yang merakamkan aksi Fatima yang mengenakan dres merah jambu di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Instagram.

“Fatima’s first day of shoot’ #SuriaKLCC,” tulis Fazura ringkas terhadap posting yang sudah pun menerima lebih 900,000 tontonan itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan Fatima selain ada yang mendoakan agar urusan Fazura seisi keluarga dipermudahkan.

“Shes so happy, so cute,” tulis seorang warganet.

“Yes! Fatima all the best baby,” tulis seorang lagi warganet.

“Sukanya dia nak shoot tu. Macam tau2 je si kecil ni,” puji seorang warganet pula.

“MasyaAllah… comelnya lahai awal ni Fatima. May you grow up strong and gojes like your mummy. Ameen,” doa seorang warganet buat Fatima.

Malah menerusi perkongsian di akaun @fattzuralovelife juga, pelbagai gaya dan ragam Fatima menjadi tatapan pengguna media sosial.

Terdahulu, Fatima dilahirkan pada 2 Oktober 2020.

Kredit foto: Instagram Fazura, Fattzura Love Life & Fattah Amin

IKLAN