“MasyaAllah Comel Baby Girl You…,” – Peminat Pakat Puji Anak Intan Ladyana & Harris Alif Secantik Namanya

Share

Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif memilih tarikh 1 Ramadan untuk berkongsi wajah penuh wajah puteri sulung mereka bersama peminat.

Sambil memuat naik foto kecil keluarga, Intan turut mendedahkan nama anak perempuan mereka, Evie Khadeeja.

“Salam Ramadan daripada kami, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” tulis Intan ringkas pada ruangan kapsyen.

Serentak dengan itu, hantaran terbabit turut dibanjiri dengan respon peminat yang memuji kecomelan bayi mereka serta nama yang dipilih.

“SubhanaAllah. Comeynya baby girl you ni. Besar cantik macam ibunya. InsyaAllah jadi anak yang

solehah. Aminn….Tahniah dear, selamat berpuasa,” coret rakan artis, Serina Redzuawan.

“Comel sangat. Cute sangat-sangat. Semoga membesar jadi anak yang solehah dan menjadi penyejuk hati ibu ayah. Ameen,” tulis seorang peminat.

“Cute like Mom dan Dad, masyaAllah,” reaksi yang diberikan peminat lainnya.

“Allahuakbar, cantiknya kurniaan Allah,” antara komen yang tertera.

“MasyaAllah comel baby secantik namanya,” komen peminat.

Imbas kembali, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Intan kemudiannya selamat melahirkan anak perempuan, Evie Khadeeja pada 31 Januari lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN