“MasyaAllah Cantiknya Sayang!,” – Manis Berbiqab Tutup Aurat, Foto Bulan Puasa Adira Terima Komen Positif Ramai

Share

Penyanyi asal Sabah, Adira Suhaimi baru-baru ini memuat naik video serta gambar dirinya yang mengenakan niqab, sekali gus mencuri perhatian peminat.

Memuat naik penampilan manisnya itu di Instagram, pemilik nama Siti Adira Suhaimi itu tampil sopan mengenakan jubah yang dipadankan dengan niqab dalam rona nude pemberian rakan artis, Siti Sarah.

Malah isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib itu turut sama meninggalkan komen, memuji penampilan pelantun lagu Takdir Tercipta itu.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat turut sama memuji melihat persalinan yang dipakai Adira selain mengakui akan kecantikan penyanyi berusia 30 tahun itu.

Malah tidak kurang yang memanjangkan Adira terbuka hati untuk kekal berpakaian sedemikian satu hari nanti.

Foto: Instagram Adira

IKLAN