“MasyaAllah Cantiknya…,” – Mira Filzah Kelihatan Manis Di Majlis Khatam Al-Quran

Share

Aktres jelita, Mira Filzah ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Pelakon berusia 27 tahun itu telah mengadakan majlis khatam Al-Quran di kediamannya.

“Nyawa,” tulisnya ringkas.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa teruja untuk menanti saat bintang drama Pujaan Hati Kanda itu bergelar isteri.

Sekadar informasi, Mita telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan, Wan Emir Astar dan dijangka akan melangsungkan majlis perkahwinan dalam tempoh terdekat.

Foto: Instagram Mira Filzah

IKLAN