Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa mencuri perhatian apabila memuji penampilan adik perempuannya yang juga pempengaruh popular, Ameera Khan menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.
Neelofa baru-baru ini dilihat berkongsi semula foto yang dimuat naik Ameera, lengkap dengan kapsyen berbentuk doa dan kasih sayang.
“Masya-Allah comel sangat. Moga Baby (panggilan untuk Ameera) sentiasa disantunimu dengan Rahmat kasih sayang-Nya,” titipnya.
Ads
Majlis Keluarga Penuh Makna
Difahamkan, foto tersebut dirakam sempena majlis doa selamat bagi meraikan hari ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Datin Noor Kartini.
Ads
Dalam masa sama, sesi itu juga turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan perpisahan sementara buat dua adik mereka yang akan memulakan fasa baharu dalam hidup.
Mohamed Faliq bakal melanjutkan pelajaran ke Australia sementara Athisha pula akan menetap di Dubai tidak lama lagi.
Ads
Apa pun, majlis penuh sederhana namun bermakna ini jelas mencerminkan eratnya hubungan dalam keluarga selebriti tersebut, diiringi dengan doa dan kasih sayang yang sentiasa mengiringi setiap langkah mereka. Insya-Allah…
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan meluahkan rasa syukur apabila lagu duet bersama penyanyi Naim Daniel yang berjudul Seni Berdamai Dengan Takdir berjaya menduduki carta trending YouTube.
Menurut Ustaz Adnin, kejayaan ini membuktikan karya yang berkualiti dan bermesej tidak perlu bergantung kepada gimik atau unsur berlebihan untuk mendapat perhatian ramai.
“Ini bukti bahawasanya nak berjaya tak perlu nak buat benda yang pelik-pelik.
“Kalau anda perasan, dalam muzik video lagu ini tiada perempuan, babak berpegangan tangan dan aurat didedahkan.
“Liriknya pun berkisarkan ketuhanan, mengajak kita berdamai dengan takdir, melupakan kisah-kisah silam dan bersangka baik dengan takdir Allah.
“Alhamdulillah lagu ini berjaya dapat nombor satu dan mengalahkan lagu-lagu K-Pop dan sewaktu dengannya,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Dalam masa sama, Ustaz Adnin turut berharap agar karya ini dapat menyentuh hati dan memberi kesan positif kepada pendengar, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan dan cabaran menerima ketentuan Ilahi.
“Apapun, nombor satu atau tidak, yang penting orang-orang yang mendengarkan lagu ini dapat mesej yang kami nak sampaikan. Semoga bermanfaat,” katanya lagi.
Terdahulu, Seni Berdamai Dengan Takdir mencatat lebih 1.4 juta tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Korea Selatan, Lee Seo Yi, 43, disahkan meninggal dunia pada 20 Jun lalu, seperti dimaklumkan oleh pengurusnya menerusi hantaran di Instagram.
Punca kematian tidak didedahkan, namun berita itu mengundang rasa sedih dalam kalangan peminat dan rakan industri hiburan.
Menerusi kenyataan ringkas pada kapsyen hantaran tersebut, pengurusnya menulis, “Kakak kami yang bersinar, cantik, penyayang dan baik hati telah menjadi bintang di langit pada 20 Jun lalu.
“Saya faham bahawa ramai di antara anda mungkin terkejut dan sangat sedih dengan berita pemergiannya, tetapi saya mohon agar anda berdoa agar dia dapat pergi ke tempat yang baik dan indah.”
Lee Seo Yi atau nama sebenarnya Song Soo Yeon mula menceburi dunia lakonan pada usia yang agak lewat sekitar 30-an.
Beliau membuat kemunculan sulung dalam drama sejarah Hur Jun, The Original Story pada 2013 sebelum mula dikenali menerusi drama popular Cheongdam-dong Scandal setahun kemudian.
Dikenali dengan gaya lakonan yang penuh emosi dan bersahaja, Lee terus aktif mewarnai drama Korea dengan kemunculan dalam beberapa judul lain seperti Killing Romance, The King, The Royal Tailor dan Scarlet Innocence.
Lakonan terakhirnya adalah dalam drama komedi romantik The Divorce Insurance yang turut dibintangi Lee Dong Wook, Lee Da Hee dan Lee Kwang Soo.
Di sebalik dunia glamor, Lee Seo Yi menjalani kehidupan sederhana dan tenang. Beliau merupakan graduan Universiti Hankuk dalam jurusan Bahasa Czech dan Slovak, sebelum meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Pusan.
Selain itu, beliau turut mengusahakan sebuah kedai bunga dan sering berkongsi momen kehidupan peribadinya menerusi media sosial.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 69, terharu apabila diberi peluang untuk kembali ke layar perak menerusi filem aksi Felai FX terbitan Sheunik Sdn Bhd.
Pelakon filem Adik Manja yang pernah mencetus fenomena sekitar 1980-an ini melahirkan rasa syukur apabila hasratnya untuk kembali aktif dalam lakonan sebagai sumber pendapatan menjadi kenyataan, selepas menerima tawaran berlakon daripada penerbit filem tersebut, Richard Ung.
Apa yang lebih menyentuh hati, anak lelakinya, Muhammad Al Syafiq, 36, turut diberi peluang untuk membintangi filem sama.
“Kawan saya yang juga penerbit Richard ini memang ‘gila’ sikit. Bila nampak saya terus ajak berlakon, kemudian dengan anak saya pun dia ajak sekali. Sudah lama saya tak berlakon, dulu mereka panggil ketika saya sihat, elok.
“Bukan macam sekarang ini, saya sudah tak berapa sihat. Bila tengah sihat okay sahaja. Sekarang saya tengah sakit memang tak boleh berlakon. Tapi masa saya berlakon untuk filem ini saya masih okay, boleh buat ‘stunt’ dan jayakan babak bergaduh.
“Tawaran untuk filem ini saya dapat pada 2023 dan penggambaran pun pada tahun itu juga ketika masih sihat. Cuma, baru-baru ini saya menghadapi masalah tekanan, lama-lama saya kurang makan macam-macam lagi penyakit datang,” katanya.
Dharma yang juga bapa kepada dua cahaya mata ditemui pada tayangan khas filem Felai FX di Panggung 1, FINAS, pada Khamis.
Menerusi filem itu, Dharma membawakan watak ketua kumpulan samseng yang terlibat dalam sindiket pelaburan mata wang asing.
“Dalam filem ini saya jadi ketua ‘samseng’ atau ‘mafia’ dan banyak jalankan urusan ‘forex’. Kemudian ada juga babak aksi seperti tembak-menembak.
“Kiranya saya jayakan watak antagonis dalam filem ini. Sebenarnya saya tak minat watak jahat, tapi sebab sudah terlalu lama tak berlakon, jadi saya ambil tawaran sebab memang ini minat saya dan ini juga diajak oleh kawan saya, Richard.
“Richard ini kawan lama saya tu sejak era 1980-an lagi, jadi nak tak nak, saya buat jugalah. Memang sudah lama saya tak berlakon sebab sebelum ini juga saya banyak terbabit di belakang tabir dengan produksi sendiri,” jelasnya.
Lebih daripada sekadar pekerjaan, penglibatan dalam filem ini menjadi satu bentuk terapi buat Dharma, yang mengubat kerinduannya terhadap dunia seni lakon yang sekian lama ditinggalkan.
“Memang dapat mengubat kerinduan saya walaupun saya terbabit untuk penggambaran ini hanya sehari sahaja. Memang sekejap sahaja penggambaran saya, datang pagi petang sudah habis, malam pula tak ada.
“Saya tak rasa ini sebagai pekerjaan, tapi perkara yang memang saya cinta, jadi bila dapat kembali memang mengubat kerinduan. Kali ini saya banyak terbabit dengan pelakon-pelakon saya tak berapa kenal kerana kebanyakan masih baharu,” katanya lagi.
Penerbit filem tersebut, Richard Ung, turut mengambil inisiatif membantu Dharma melalui syarikatnya, AMP Moves Sdn Bhd, dengan kerjasama Sheunik Sdn Bhd serta Teguh Setanding, menganjurkan tayangan khas Felai FX yang lebih bersifat kebajikan berbanding komersial.
Richard turut menjelaskan, tayangan khas itu diadakan bagi membantu Dharma bagi melunaskan tunggakan sewa rumah dan menampung kos sara hidup dua anaknya, termasuk seorang yang masih menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
“Saya tidak dapat berkongsi jumlah sumbangan yang akan disalurkan kepada Dharma pada majlis tayangan khas ini.
“Apa yang boleh saya beritahu, sumbangan itu cukup untuk Dharma keluar dari kemelut yang dihadapi sekarang iaitu untuk bayar tunggakan sewa rumah dan kos sara hidup dalam tempoh tiga bulan sehingga anaknya menamatkan pengajian,” katanya.
Melalui inisiatif ini, Dharma turut menerima sumbangan wang tunai daripada syarikat produksi sebagai tanda sokongan dan keprihatinan industri terhadap insan seni yang pernah mewarnai layar perak suatu ketika dahulu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...