Selepas filem, Puteri Gunung Ledang, sebuah lagi filem ikonik tanah air, Leftenan Adnan dijangka bakal ditayangkan semula tetapi kali ini versi suntingan sutradara (director cut).
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengarahnya, Aziz M Osman.
Malah, pengarah tersebut turut mendedahkan dia juga akan memasukkan kembali beberapa babak yang telah dipotong termasuklah adegan terakhir.
Atas permintaan, in syaa Allah saya sedang usahakan filem Leftenan Adnan versi suntingan sutradara ke pawagam…dan memasukan kembali adegan terakhir yg dipotong. pic.twitter.com/lvDJsLZr6C
“Atas permintaan, in syaa Allah saya sedang usahakan filem Leftenan Adnan versi suntingan sutradara ke pawagam.
“Dan memasukan kembali adegan terakhir yang dipotong,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aziz menerusi akaun Twitter miliknya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja malah berharap agar perkara tersebut menjadi kenyataan.
Ads
Filem Leftenan Adnan yang dibintangi oleh pelakon seperti Hairie Othman, Umie Aida, Faizal Hussein dan ramai lagi telah pun ditayangkan pada tanggal 31 Ogos 2000.
Terdahulu, filem Puteri Gunung Ledang juga telah melalui proses yang sama dan telah pun ditayangkan semula di saluran Youtube selama satu hari pada 10 Oktober lalu.
Sumber: Twitter Aziz M Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa saat mengetahui pembantu rumahnya didakwa mengambil keputusan untuk melarikan diri.
Menurut Betty, pembantu rumahnya itu pernah menyuarakan hasrat untuk pulang ke negara asal buat sementara waktu tetapi tidak diizinkan olehnya.
Dengan keadaan semasa yang tidak menentu dek kerana penularan wabak COVID-19, Betty pernah menasihati wanita yang dikenali sebagai Anim itu agar bersabar dan tunggu sehingga keadaan kembali stabil.
“Officially Maidless. Sedihnya bangun tidur hari ni our helper dah takde. Sedih, dissapointed. Tak sangka.
“The reason why she left because dia nak balik kampung this month and we all tak bagi.
“Bukan sengaja tak bagi, with this COVID-19 yang tengah teruk sekarang macam manalah nak balik & masuk sini balik.
“Dan dia nak ikut “jalan belakang” naik kapal haram. Lagilah me and husband tak agree. Permit pun baru renew,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh adik kepada pelakon, Umie Aida itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Betty turut mendedahkan dia dan suami telah pun merancang perjalanan pembantu rumahnya supaya dia dapat menggunakan saluran yang betul tahun depan.
“Kita mintak dia balik January depan bila COVID semua ni dah reda so balik dengan selamat naik flight & datang pun naik flight. Bukan secara haram.
“Takpelah, pasti ada sesuatu Allah nak tunjuk & ganti untuk kami. Anim, saya tau kamu akan baca ni.
“Terima kasih atas segala pertolongan selama ini dan tinggalkan kami dengan cara ini. Semoga kamu bahagia dengan keputusan kamu,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka berurusan dengan para pembantu rumah yang terdahulu.
Bagaimanapun, Betty mengakui dirinya reda dengan perkara ini dan percaya segala yang berlaku, pasti ada hikmahnya.
Sumber: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak berusia 6 tahun lagi, penyanyi Ratu Balqis tidak pernah berhenti mencari tapak untuk berdiri dalam persada seni.
Setelah hampir 15 tahun mencari peluang mengetengahkan bakatnya, kini Ratu Balqis atau nama lengkapnya, Nor Balqis Ahmad Tajudin bakal muncul dengan single debutnya berjudul Buaya, yang turut menampilkan gandingannya dengan penyanyi rap wanita, Mimifly.
Mengulas tentang pemilihan Mimifly sebagai rakan kolaborasi, Balqis berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada Mimi yang bukan sahaja merupakan idola saya tetapi juga guru tariannya.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat Hazama, Genervie Kam dan Afif Tirmizie.
“Sebelum ini saya banyak menerima tunjuk ajar daripada Mimi Ketika program Mentor Milenia 2017 berlangsung.
“Sebagai guru aksi panggung, Mimi banyak mengajar saya tentang ‘stage present’ dan cara untuk memberikan persembahan lebih efektif di pentas,” katanya.
Bercakap tentang pengalaman masuk ke studio merakam karya sulungnya ini, Balqis menjelaskan demo Buaya sudah siap sejak Mac.
“Sebenarnya gubahan lagu telah bermula sejak awal tahun ini dan demo pun sudah disiapkan ketika bulan Mac lalu. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, proses rakaman terpaksa ditangguhkan.
“Bulan Ogos baru dapat masuk studio untuk mulakan rakaman, dan rakaman siap sepenuhnya pada bulan September. Walaupun ada banyak aral melintang, saya bersyukur kerana lagu ini akhirnya siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Akhirnya berpeluang masuk ke studio untuk merakam single pertama saya, sudah pasti ini merupakan pengalaman yang sangat manis buat saya di bawah pengurusan Adopt Entertainment,” akui Balqis.
Buaya merupakan ciptaan komposer Iqie Hugh dan Shaqiel Naufal. Manakala lirik merupakan hasil nukilan bersama Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Ratu Balqis dan Mimifly.
Lagu ini mengisahkan tentang kekuatan seorang wanita yang hidup dikelilingi lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kaum wanita.
Cuba mengetengahkan karakter wanita yang kuat, berdikari, berkerjaya dan berkarisma di dalam mengharungi perjalanan hidup selepas dicurangi dan ditinggalkan, tidak hairanlah apabila lagu ini menjadi istimewa apabila menggandingkan dua penyanyi cantik yang berstatus janda.
“Saya ingin hadiahkan single pertama ini untuk semua terutama keluarga, rakan-rakan dan peminat saya yang tidak putus-putus memberikan semangat untuk saya bangkit dan terus berjuang di dalam industri muzik Malaysia.
“Saya mengharapkan yang single Buaya ini mendapat sambutan dan dapat diterima ramai,” jelas Balqis lagi dalam menyatakan kesyukuran dan harapannya terhadap karya sulungnya ini.
“Lagu terbitan Adopt Entertainment dan edaran Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 9 Oktober lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mustaqim Bahadon kini dilihat sudah mulai terbuka untuk berkongsi mengenai teman rapat yang dikenali sebagai Allysa Zulkarnain.
Foto berkenaan dimuat naik Mustaqim menerusi akaun Instagram sewaktu menghadiri makan malam romantis bersempena hari lahir si dia pada Khamis.
Dalam pada itu, Mustaqim turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana telah dipertemukan dengan wanita tersebut.
“I’m so glad you came into the world, and I’m even more glad you came into my world.
“Happy birthday, sweetheart,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan tersebut.
Terdahulu, Mustaqim difahamkan bakal tampil menerusi drama terbaru berjudul Cinta Sekali Lagi yang akan mula ditayangkan pada 4 November depan di slot Akasia TV3 jam 6.00 petang.
Selain Mustaqim, drama ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain antaranya Nalydia Senrose, Saharul Ridzwan, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...