“Masuk Ubat Bagi Dia Okay, Lepas Ni…,” – Perut Berasid & Jadual Makan Tak Betul, Datuk Fizz Fairuz Masuk Hospital

Share

Pelakon, Datin Almy Nadia memaklumkan suaminya yang juga merupakan aktor popular, Datuk Fizz Fairuz kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan diserang penyakit angin gastrik.

Menurut Almy, sejak dua minggu yang lalu, jadual pemakanan suaminya agak sedikit terganggu disebabkan paras asid di dalam perut semakin meningkat.

Lantaran itu, Almy memaklumkan dirinya terpaksa memujuk suaminya untuk datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Harini sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hopsital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastric.

“Doktor cakap gastric dia banyak sebab dah dekat dua minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, selepas diberikan ubat, doktor menasihatkan Fizz Fairuz untuk mengikut jadual pemakanan yang betul agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Dikesempatan itu juga, Almy turut memohon kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar suaminya itu lekas sembuh seperti sedia kala.

“Now acara drip. Masuk ubat bagi dia okay. Lepas ni makan kena makan betul-betul. Doakan semua my boy cepat sembuh.

“I sentiasa ada dengan you okay sayang. Apa jadi pun i ada dengan you ok love @fizzfairuzofficial,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan agar segalanya baik-baik sahaja buat Fizz Fairuz.

“Allah…Semoga Allah angkat segala sakit Datuk Fizz Fairuz.

“Semoga diberikan syifa oleh Allah SWT. Amin.

“Semog cepat sembuh. Makan kena jaga. Pikiran kena positif. Happy selalu. InsyaAllah cepat baik.

“Syafakallah Datuk. Take care Datin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Almy ada berkongsi mengenai keadaan suaminya yang yang diserang gastrik dan sakit belikat.

Malah, kebelakangan ini juga, Datuk Fizz sering kali kelihatan berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan mengenai penyakitnya itu.

Sumber: Instagram Datin Almy Nadia & Datuk Fizz Fairuz

IKLAN