Ads

“Masuk Tahun Baru Dengan Berita Buruk,” – Pelakon Marvel Alami Kecederaan Otak, Alami Penurunan Fungsi Kognitif

Pelakon terkenal Hollywood, Evangeline Lilly, mendedahkan dirinya mengalami kecederaan otak selepas terlibat dalam satu insiden jatuh yang berlaku di Hawaii pada Mei tahun lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh bintang filem Marvel, Ant Man itu menerusi satu hantaran di Instagram awal Januari lalu, apabila keputusan imbasan otak terbaharunya menunjukkan hampir keseluruhan fungsi otaknya kini berada pada tahap keupayaan yang menurun.

Menurut pelakon berusia 46 tahun itu, insiden berkenaan berlaku ketika dia berada di sebuah pantai di Hawaii sebelum tiba-tiba pengsan lalu terjatuh dengan muka terlebih dahulu ke atas bongkah batu, menyebabkan dia mengalami gegaran otak yang serius.

“Saya melangkah masuk ke tahun baharu ini, tahun Kuda, dengan satu berita buruk mengenai kecederaan gegaran otak yang saya alami,” ucapnya

Ads

Lilly turut memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan mendapati hampir setiap bahagian otaknya kini berfungsi pada kapasiti yang lebih rendah berbanding keadaan normal, sekali gus mengesahkan tahap kecederaan yang dialaminya adalah serius.

Sebelumi ini beliau menyangka perubahan fizikal dan kognitif yang dialaminya berpunca daripada faktor hormon atau perimenopaus.

Ads

Walaupun berdepan diagnosis yang mencabar, pelakon yang turut dikenali menerusi siri televisyen Lost itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai satu bentuk kelegaan kerana akhirnya mendapat penjelasan perubatan yang jelas terhadap keadaannya.

Katanya, langkah seterusnya adalah bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan bagi memahami tahap pemulihan yang mungkin dicapai, walaupun menyedari proses berkenaan memerlukan masa dan usaha yang panjang.

Ads

Dalam perkongsian sama, Lilly turut menyatakan kecederaan tersebut memaksanya memperlahankan rentak kehidupan, sekali gus memberi ruang untuk berehat dan menilai semula keutamaan hidup, sesuatu yang jarang dinikmati sepanjang kerjaya seninya.

Untuk rekod, Lilly sebelum ini pernah mendedahkan mempunyai sejarah pengsan sejak usia muda, namun sehingga kini punca sebenar keadaan itu masih belum dikenal pasti sepenuhnya oleh pihak perubatan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jom R*men Dulu…,” – Lelaki Tua Ajak Zara Zya Buat Perkara...

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang bertindak meninggalkan komen berbaur lucah dan biadab di platform media sosial miliknya.
error: Hello. Cannot.