Tanggal 6 Jun lalu menjadi tarikh istimewa buat pelakon Sari Yanti apabila selamat melahirkan bayi lelaki.
Memasuki hari keenam pada hari ini, pelakon kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berkongsi detik sebelum bersalin.
“Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni, tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.
“6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?
“Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglahkakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit.
“Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan, maafkan saya) ,” tulisnya.
Berkongsi perasaan suami, Jep Sepahtu ketika itu, dia amat bersyukur kerana kedua-duanya (isteri dan anak) dalam keadaan sihat dan baik.
“Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.
“Ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang.
Ads
“Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa.
“Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I 💋@jepsepahtu .
“Mak ayah keluarga. Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah, aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada,” kongsinya.
Akui agak mencabar ketika melahirkan dalam suasana wabak pandemik yang melanda dunia,Sari memanjatkan rasa syukur kerana urusannya sangat mudah.
“Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai.
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pastinya setiap daripada kita tercari-cari telefon pintar yang mempunyai ciri terkini selain harga mampu milik untuk dibeli. Dengan harga RM1,499, HUAWEI nova 7 SE bakal menemui korang di pasaran pada 19 Jun ini bersama dengan FreeBuds 3i yang juga akan dilancarkan pada harga RM399.
Malah, tidak kurang yang impikan satu telefon pintar yang paling ‘in’, seiring dengan stail si pengguna hari ini.
Kata orang, semuanya ingin telefon terbaik dari segi reka bentuk, harga, megapiksel pada kamera, saiz skrin dan sebagainya.
Nah! Bakal dilancarkan dalam tempoh beberapa hari dari sekarang, HUAWEI nova 7 SE menawarkan beberapa sebab yang menjadikannya sebagai gajet terkini yang sukar untuk ditolak!
Ni tujuh sebab kenapa korang kena dapatkan HUAWEI nova 7 SE ni, menurut pengurus jenama HUAWEI nova iaitu Isabel Koh:
Kalau korang beli fon ni mulai 19 Jun, korang boleh nikmati ganjaran berganda seperti berikut:
– Hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256*, termasuk HUAWEI Band 4, HUAWEI Cloud Storage 15GB untuk setahun, nova casing, HUAWEI Video (bawah kategori Dimsum) untuk tiga bulan, dan ganjaran Member Center bernilai sehingga RM1,000* (*ganjaran berbeza daripada rakan kongsi HUAWEI).
– Hadiah percuma dari HUAWEI AppGallery Carnival 2020 untuk setiap pembelian*
– Sesi Cabutan Bertuah AppGallery Carnival: peluang memenangi Proton X70*
Warna Menarik Seiring Personalitimu
Lengkap dengan sentuhan laminasi, pilihan warna yang ditawarkan menerusi Siri HUAWEI nova 7 ini tentunya memukau pandangan semua orang. Hasilan warna yang ‘solid’ memberi ruang buat pengguna untuk memilih mana satu warna yang sesuai dengan personalitimu.
Untuk HUAWEI nova 7 SE ni, pilih sahaja antara Space Silver, Crush Green atau Midsummer Purple, semua ‘on point’. Lebih penting, anda tidak lagi perlu risau untuk mencari ‘casing’ telefon sebab warnanya yang sedia menarik!
Wow! Lebih Ringan Berbanding Item Mekap
Tidak dinafikan, HUAWEI sentiasa menitikberatkan soal rekaan telefon pintarnya agar lebih ringan dan praktikal tetapi dalam masa sama punyai pelbagai fungsi yang diperlukan pengguna.
Jangan tak percaya, Siri HUAWEI nova 7 menawarkan kualiti ‘performance’ dan keupayaan fotografi terbaik. Kesemuanya disatukan menerusi rekaan telefon yang slim dan ringan.
Lalu buat si gadis pula, cuba bandingkan telefon pintar ini nanti dengan item solekan yang anda miliki. Jangan terkejut kalau ia lebih ringan okay.
Hasilan Foto Yang Lebih Baik, Lensa Kamera Di Belakang Yang ‘Power’
Sekarang, boleh dikatakan sesebuah pintar itu bukan hanya untuk memudahkan jaringan komunikasi.
Sebaliknya, teknologi bersama fungsi kamera yang baik juga jadi syarat penting.
Jadi, model HUAWEI nova 7 SE pasti tidak akan mengecawakan anda. Ia disokong dengan prosessor Kirin 820 bersama kelebihan AI yang sekaligus membolehkan anda mengambil foto berdefinisi tinggi.
Rakam foto pada waktu malam pun tidak menjadi masalah dan kualiti videonya pula sehebat 4K. Itulah kelebihan 64MP AI Quad Kamera.
Jadi, cubalah apa sahaja fungsi menerusi lensa ultra wide-angle, lensa makro dan lensa bokeh juga.
Bagi yang gemar berswafoto pula, HUAWEI nova 7 SE adalah pilihan tepat buat anda. HUAWEI sebelum ini sekian lama berjaya memuaskan hati penggunanya dalam hal ini.
Kelebihan yang ada pada kamera hadapan 16MP menyediakan kelebihan tersebut yang setetusnya menawarkan hasilan gambar yang lebih cantik dan ditil ketika ‘berselfie’.
Kamera hadapannya juga menyokong Super Night Selfie 2.0 ketika berada dalam situasi cahaya rendah.
Jangan Ketinggalan Dengan Momen Dual-View
Ketika berada dalam satu situasi keraian rakan baik misalnya, anda tentunya tidak mahu terlepas walau satu momen menarik dalam satu video bukan? Kalau boleh, mahu ambil dalam perlbagai sudut.
Siri HUAWEI nova 7 menyokong mod rakaman Dual-View yang mana kamera hadapan dan belakangnya mampu mengambil video pada waktu sama. Menarik bukan?
Malah, lens makro yang dimiliki juga memberi kemudahan terbaik buat anda dalam merakam momen seharian, bersama yang tersayang di mana sahaja.
‘Simpan’ Saja Powerbank Anda
Aktitivi seharian atau hujung minggu anda yang padat secara tidak langsung memerlukan telefon pintar sentiasa berfungsi. Jadi, soal bateri juga adalah yang paling diutamakan.
Misalnya kalau mahu isi masa bersama rakan di hujung minggu (selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat). Semuanya mahu dilakukan pada satu masa.
Akan tetapi, bagaimana pula jika anda dalam keadaan yang tergesa-gesa, tetapi pada masa sama perlu pastikan bateri telefon tahan dalam tempoh lama? Lebih bukan?
Situasi tersebut tidak akan berlaku dengan Siri HUAWEI nova 7. Ini kerana, baterinya masih mampu bertahan dalam jangka masa panjang sebab ia disokong oleh bateri sebesar 4000mAh serta 40W HUAWEI SuperCharge yang membolehkan telefon dicas sehingga 70% hanya dalam masa setengah jam saja.
Telefon pintar 5G Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
Dinanti-nantikan sebagai telefon pintar mampu milik dengan keupayaan 5G, tidak dinafikan ia menjadi item gajet paling berbaloi untuk dibeli.
Bersama visualnya yang buatkan ramai akan teruja, hasilan foto serta video yang premium kualitinya serta keupayaan yang di luar jangkaan, Siri HUAWEI nova 7 hadir dengan tawaran harga kurang dari RM2,000. ‘Amazing’ sungguh!
Dengan HUAWEI Share and MEETime, Semuanya Mudah
Siri HUAWEI nova 7 turut menyokong keperluan pengguna menerusi dengan fungsi MEETime. Ia menyokong panggilan video sejelas 1080p FHD dengan kualiti cahaya yang bagus.
Selain daripada kualiti video yang mantap, HUAWEI MeeTime juga ada fungsi Kongsi Paparan (Screen sharing) dan Mod Cantik (Beauty Mode). Tak kiralah korang bekerja atau bersuka ria, fon ni memenuhi segala kehendak gaya hidup korang!
Selama ni nak kongsi dokumen atau slide untuk presentation semasa meeting atau kelas dalam talian memang agak leceh. Tapi dengan HUAWEI Share, sebuah fungsi perkongsian fail di antara peranti HUAWEI, segala urusan bakal lancar!
Nak tahu lebih, tonton video ini;
HUAWEI FreeBuds 3i – Tinggal pakai dan sedia untuk disambung dengan Siri HUAWEI nova 7
HUAWEI FreeBuds 3i yang terbaharu dan dipertingkatkan ni datang dalam bentuk kon yang ergonomic bagi penggunaan berpanjangan yang selesa. Bakal dilancarkan pada 19 Jun, ia boleh disambungkan dengan HUAWEI nova 7 dan berharga RM399 je.
HUAWEI AppGallery
Dengan semua fungsi yang canggih ni, korang juga bakal bergembira dengan HUAWEI AppGallery yang menawarkan pengalaman hiburan yang moden. Ia memaparkan pelbagai aplikasi kegemaran ramai orang Malaysia seperti Maybank2U, Facebook, Shopee, Lazada dan lain-lain. Untuk info lanjut, layari di sini.
Meraikan Dengan Karnival HUAWEI AppGallery 2020
Raikan Dengan HUAWEI AppGallery Carnival dari 19 hingga 30 Jun ini dengan tawaran hebat dan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM2 juta.
Di antara hadiah yang boleh direbut apabila memiliki Siri HUAWEI nova 7 termasuklah 3 buah kereta Proton X70s, 500 skuter elektrik dan baucar bernilai RM160.
Nikmati ganjaran menarik dengan Member Centre Rewards.
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000! Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan banyak lagi.
Kami ada satu lagi ganjaran hebat, Diamond Royale Voucher untuk kaki games!
Langkah untuk redeem:
1. Buka aplikasi Huawei AppGallery > Select ‘Gift’ tab > Claim Free Fire ‘Diamond Royale’ gift > Copy code
2. Layari ke https://reward.ff.garena.com > Log in akaun Free Fire anda > Masukkan kod redeem anda > Click ‘Confirm’
Yang lagi best, HUAWEI juga menawarkan installment plan yang bermula dari RM5.20 sehari bagi mengurangkan beban anda.
Pastikan anda tak ketinggalan pada 19 Jun ni! Untuk info lanjut, layari sini untuk maklumat lanjut Huawei nova 7SE and klik sini untuk peranti Huawei yang lain.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite ada berkongsi cerita perihal tentang sahabat dan hubungan sesama rakan di dalam perniagaan.
Hal itu dikongsikan bintang ini di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 42 tahun ini, dia meluahkan rasa syukur kerana memiliki sahabat yang menjalinkan hubungan baik bersamanya.
“kupersembah kan kepada mu .. #kaftanrichpeople alhamdulillah nikmat Allah dtg dlm pelbagai bentuk.
“Antaranya dikelilingi sahabat yg sentiasa ada untuk support dan beli apa saja produk kak za buat . mereka di sekeliling kak za. kdg kdg kak za rendah diri.
“Tapi deme ni x bg can aku feefeling rendah diri.. aiseyman!,” tulisnya.
Di samping itu, Azza tutut memaklumkan beberapa nama rakan selebriti yang sentiasa menyokong perniagaan yang diusahakan.
Antaranya termasuklah Jozlynn, Fasha Sandha, Sharifah Shahirah dan Zalif Sidek.
“Tapi itu lah dia rezeki yg Allah kurniakan pada kak za. dikurniakan sahabat yg mulia hati . @jozlynnhanania pinjam tisu jap nk lap air mata.. kagum melihat kejayaan mereka suami isteri. walaupun terbang tinggi tetapi masih melihat rumput dibumi. aghh cenggitu.
“Kalau dtg umh mereka ko x kan dibiarkan pulang tampa bawak tupperware.. eh ..sama gak mcm @kam2u my model rich people mkn 2 kali siang and mlm. also same like my girl @fashasandha always buy bnyk bnyk.
“Sampai sogan den.maklum lah tahap rendah diri den meminta ya cam nk balik cepat jumpa sb segantq #therichpeoplefamily for bein there to support me.. kak @shieraijoy and kak @jalenar_e_j_a_b m coming to u soon.
“Terima kasih semua.. ai lebiu .nah kita bgsesambil nk restock baju kunin paling dikehendaki .
“#kaftanrichpeople #kaftanhavehave sesambil dgr lagu @anuarzain70 dlm keta .. nk anto cod.. siap berenti keta sb nk type.. diiringi lagu sedih syahdu.. maka @zalifsidek pun tepon nk oder satu.. m coming to u also adikknya sekian terima kasih ..#azzahelite,” tulis Azza menerusi kapsyen di Instagram.